Permohonan Bantuan RM400 Untuk Rakyat Terjejas Pendapatan

Tahukah anda, rakyat yang terjejas dan hilang pendapatan akibat pandemik kini boleh menjana pendapatan melalui Selangor Freelance.  Selangor Freelance menawarkan lebih 5,000 peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan bebas digital sekaligus menjana pendapatan tambahan. Program ini merupakan kerjasama di antara sebuah paltform pekerja bebas terkemuka, Workana dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerjaan.  Selangor Freelance telah disenaraikan di bawah program pendigitalan dalam Belanjawan Negeri 2021 dengan perbelanjaan berjumlah RM369 juta melalui dana negeri dan anak syarikat (GLC).


Tahukah anda, rakyat yang terjejas dan hilang pendapatan akibat pandemik kini boleh menjana pendapatan melalui Selangor Freelance.

Selangor Freelance menawarkan lebih 5,000 peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan bebas digital sekaligus menjana pendapatan tambahan. Program ini merupakan kerjasama di antara sebuah paltform pekerja bebas terkemuka, Workana dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerjaan.

Selangor Freelance telah disenaraikan di bawah program pendigitalan dalam Belanjawan Negeri 2021 dengan perbelanjaan berjumlah RM369 juta melalui dana negeri dan anak syarikat (GLC).

Objektif Program

Berikut merupakan objektif pelaksanaan program ini:

  • Mewujudkan kesedaran dan memberi insentif kepada warga Selangor untuk menyertai ekonomi gig digital
  • Berdaya saing dalam ekonomi gig
  • Meningkatkan kebolehpasaran warga Selangor
  • Menyediakan akses kepada peluang pekerjaan yang lebih baik
  • Melatih warga Selangor cara memanfaatkan ekonomi gig digital

Manfaat Program

Berikut adalah manfaat program ini:

  • Sebanyak 5,000 peluang latihan dan kemahiran percuma untuk memanfaatkan kerja sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana selama 2 hari
  • Insentif RM400 akan diberikan daripada kerajaan negeri sebaik sahaja menamatkan latihan
  • Berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi paltform berkenaan


Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menyertai program ini:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Menetap di Selangor
  • Individu yang sudah bekerja atau belum bekerja boleh memohon

Cara Membuat Pendaftaran

Kepada rakyat Selangor yang berminat, anda boleh membuat permohonan melalui pautan https://selangor.workana.com/