i-Sayang KWSP: Tarikh & Jumlah Bantuan Yang Diterima

Berita baik bagi rakyat Malaysia, pihak KWSP akan melancarkan kemudahan i-Sayang yang merupakan sebahagian usaha pihak kerajaan dalam membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat.  Berikut dikongsikan maklumat berkaitan i-Sayang KWSP


Berita baik bagi rakyat Malaysia, pihak KWSP akan melancarkan kemudahan i-Sayang yang merupakan sebahagian usaha pihak kerajaan dalam membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan i-Sayang KWSP

i-Sayang KWSP

i-Sayang KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan pemindahan secara sukarela 2% caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.


Jumlah Bantuan i-Sayang KWSP

Berikut merupakan perincian bantuan i-Sayang KWSP:

Membenarkan pemindahan secara sukarela 2% caruman daripada akaun suami ke akaun isteri

KWSP akan menyokong skim caruman lebihan secara sukarela yang mana ahli boleh meminta pihak majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih 11% kadar berkanun

Tarikh Pelaksanaan i-Sayang KWSP

Tarikh pelaksanaan i-Sayang KWSP belum disahkan lagi setakat ini. Namun, insentif ini dijangka akan dilaksanakan bermula tahun 2022. Kami akan memberi info dari semasa ke semasa.


Cara Membuat Permohonan

Setakat ini tiada sebarang maklumat berkenaan cara untuk membuat permohonan.

Inisiatif i-Lindung

Tahukah anda, selain i-Sayang KWSP, satu lagi kemudahan yang akan dilancarkan untuk bakal pesara adalah i-Lindung iaitu skim yang membenarkan pengeluaran dari akaun 2 untuk membuat pembelian insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

Antara inisiatif lain yang sedang dipertimbangkan termasuklah mewajibkan perlindungan kepada pekerja sektor informal dalam bidang bukan pertanian secara berperingkat.