Gaji RM1,000 Tanpa Slip Gaji Boleh Beli Rumah SJKP 2022 ~ Permohonan Dibuka!

Tahukah anda walaupun anda bergaji bersih RM1,000 sebulan, anda mampu membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP. Menarik kan?
Dan lebih menarik lagi, pemohon yang tiada penyata pendapatan bulanan seperti bekerja sebagai nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi, dan pekerja am masih berpeluang memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP.
Terbaru, Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP menerusi peruntukkan sebanyak RM70 juta kepada 300 pelanggan yang akan menikmati pembiayaan 100% daripada harga belian.
Skim Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP)
Tempoh pembiayaan perumahan SJKP sama seperti bank iaitu 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.
Cara Membuat Permohonan
Insititusi Kewangan Yang Terlibat:
- Affin Bank
- Affin Islamic
- Agro Bank
- Alliance Bank
- Alliance Islamic Bank
- AmBank Group
- AmIslamic Bank
- Bank Islam
- BSN
- Bank Rakyat
- Hong Leong Bank
- Hong Leong Islamic Bank
- Maybank
- Maybank Islamic
- Bank Muamalat
PERINGATAN : Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.
Syarat Kelayakan Permohonan
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
- Skim Jaminan Kredit Perumahan hanya sah untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.
SJKP tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri.
Catat Ulasan
0 Ulasan