5 Bantuan Untuk Golongan Belia Tahun 2022

Tahukah anda? Terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan untuk golongan belia dalam Bajet 2022 dan bantuan ini merangkumi sebahagian golongan bujang di Malaysia. Berikut kami kongsikan beberapa bantuan untuk belia seperti yang telah diperuntukkan dalam Bajet 2022.


Tahukah anda? Terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan untuk golongan belia dalam Bajet 2022 dan bantuan ini merangkumi sebahagian golongan bujang di Malaysia. Berikut kami kongsikan beberapa bantuan untuk belia seperti yang telah diperuntukkan dalam Bajet 2022.


Bantuan Keluarga Malaysia

Golongan bujang yang mempunyai pendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima bantuan one-off sebanyak RM350. Untuk isi rumah yang tiada anak, akan menerima bantuan RM1,000. Manakala bagi bagi isi runmah yang ada 1 atau 2 orang anak akan menerima RM1,500. Untuk isi rumah yang mempunyai 3 anak atau lebih akan menerima bantuan RM2,000.


Bantuan e-Dompet Belia RM150

Bagi menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai meringankan beban kewangan, kerajaan akan memberikan bantuan RM150 yang akan dikreditkan ke dalam akaun e-Dompet belia yang berumur 18 - 20 tahun termasuk pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.


JaminKerja

Era pandemik ini menyebabkan ramai belia yang kehilangan pekerjaan. Dalam bajet 2022, kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan dengan peruntukan RM4.8 billion. Antara inisiatif yang telah disediakan adalah Place & Train untuk graduan lepasan universiti dan Program MySTEP yang menawarkan lebih 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak. Ini merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 dalam GLC.


Tablet Untuk Mahasiswa B40

Dalam PerantiSiswa, kerajaan akan memberikan tablet kepada semua mahasiswa dari kategori B40 dan bantuan ini akan memanfaatkan lebih 600,000 mahasiswa. Kerajaan memperuntukkan RM450 juta untuk bantuan ini.


Pengecualian Cukai Kereta Penumpang

Kerajaan meneruskan pengecualian cukai jualan 100% ke atas kereta penumpang (CKD) sehingga 30 Jun 2022. Manakala pengecualian cukai jualan 50% ke atas kereta penumpang (CBU) import baharu dan terpakai. Pengecualian cukai ini akan meringankan beban belia untuk memiliki kereta ketika musim pandemik ini.


Terdapat lebih 20 bantuan yang boleh dimanfaatkan oleh golongan belia secara langsung atau tidak langsung dan infografik di bawah menunjukkan beberapa bantuan secara terus untuk golongan belia.

Catat Ulasan

0 Ulasan