Semakan permohonan BKM telah dibuka bermula hari ini 28 Mac 2022 sekaligus pembayaran BKM mula disalurkan secara berperingkat kepada mereka yang layak.  Ramai yang tertanya-tanya sebab dan kenapa mereka tidak lulus permohonan BKM. Oleh itu, kami akan kongsikan kepada anda sebab dan alasan kenapa tidak lulus BKM dan cara-cara untuk membuat rayuan BKM


Semakan permohonan BKM telah dibuka bermula hari ini 28 Mac 2022 sekaligus pembayaran BKM mula disalurkan secara berperingkat kepada mereka yang layak.

Ramai yang tertanya-tanya sebab dan kenapa mereka tidak lulus permohonan BKM. Oleh itu, kami akan kongsikan kepada anda sebab dan alasan kenapa tidak lulus BKM dan cara-cara untuk membuat rayuan BKM


Tidak Lulus BKM? Ini Sebab & Alasannya

Jika anda telah membuat semakan status BKM dan mendapati anda tidak lulus, akan dipaparkan alasan tidak lulus melalui KOD TIDAK LULUS BKM seperti berikut:

06 - Pemohon tidak melepasi syarat bagi kategori bujang

05 - Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan

12 - Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

36 - Pemohon / pasangan adalah penerima GKP

31 - Status perkahwinan perlu pengesahan

39 - Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

Kod tidak lulus BKM - RUJUK SINI


Tarikh Permohonan Rayuan BKM

Jangan risau, bagi mereka yang tidak lulus BKM anda boleh mengemukakan rayuan permohonan secara atas talian bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022 manakala permohonan rayuan secara manual bermula 9 Mei 2022 sehingga 2 jun 2022.

Cara Membuat Permohonan Rayuan BKM Secara Online:

  1. Berikut dikongsikan cara untuk membuat rayuan BKM:
  2. Layari portal BKM di 
  3. Klik pada ikon "Rayuan" (bermula 2 mei 2022)
  4. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada butang carian
  5. Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai
  6. Kemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BKM

Cara Membuat Permohonan Rayuan BKM Secara Manual:

Dengan menghantar borang rayuan ke cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran. (Borang rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia, bolehlah menghubungi:

Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
Hotline MoF: 03-8882 4565 / 4566
Atau hadir ke Cawangan LHDNM / PS LHDNM / PJH LHDNM / UTC LHDNM