Maksud Tanda Sah Atau Verified Pada MySejahtera

Jika anda telah memasang kemaskini terbaru perisian MySejahtera versi 1.81 di telefon pintar, anda mungkin ada melihat tanda “Verified” atau “Sah” di sebelah nombor kad pengenalan pada paparan MySejahtera.   Menurut log perubahan, versi terbaru ini dikemaskini dengan fungsi “self-serve help” iaitu bantuan layan diri, serta beberapa baik pulih rentan dan sedikit naik taraf. Buat masa ini, masih tiada lagi kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan mengenai perkara ini, malah ia tidak dijelaskan di dalam soalan lazim Mysejahtera.


Jika anda telah memasang kemaskini terbaru perisian MySejahtera versi 1.81 di telefon pintar, anda mungkin ada melihat tanda “Verified” atau “Sah” di sebelah nombor kad pengenalan pada paparan MySejahtera. 

Menurut log perubahan, versi terbaru ini dikemaskini dengan fungsi “self-serve help” iaitu bantuan layan diri, serta beberapa baik pulih rentan dan sedikit naik taraf. Buat masa ini, masih tiada lagi kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan mengenai perkara ini, malah ia tidak dijelaskan di dalam soalan lazim Mysejahtera.



Tanda “Verified” atau “Sah” Pada MySejahtera

Jika dilihat, ia adalah petanda bahawa nama serta nombor kad pengenalan pengguna telah disahkan untuk akaun MySejahtera. Jika anda pergi ke ruangan Profile > Menu (sudut atas kanan) dan pilih My Personal Details (Butiran Peribadi Saya), anda akan melihat nama penuh dan nombor kad pengenalan telah dikelabukan. Ini menunjukkan yang ia sudah tidak boleh diubahsuai.

Di bahagian bawah My Personal Details ada tertera persoalan dan jawapan:

Kenapakah saya tidak dapat menukar nama dan nombor IC saya? – Nama dan nombor IC anda telah disahkan, jadi anda tidak dapat menukarkannya lagi.”




Akaun MySejahtera Belum Sah?

Jika akaun MySejahtera anda belum sah, anda akan melihat status merah dengan perkataan “Verify Now” (Sahkan Sekarang) seperti di bawah. Status ini dapat dilihat apabila pertama kali membuka aplikasi selepas dikemaskini. Mungkin akan ada pilihan untuk mengesahkan status dari dalam aplikasi.

Selain itu, perubahan kecil di MySejahtera adalah kini ia lebih mudah untuk mendapatkan bantuan bagi status kesihatan dan vaksin. Di paparan utama, terdapat butang kecil “Help” atau “Bantuan” di bahagian atas kanan status risiko C9 dan status vaksinasi C9. Apabila ditekan, anda boleh melaporkan kad HSO hilang atau tidak tertera di skrin, masalah berkaitan status risiko, sijil vaksinasi tidak lengkap, dan sebagainya.


Fungsi ini hadir sebelum Malaysia memasuki fasa “perubahan ke endemik” pada 1 April nanti, yang mana sempadan antarabangsa akan dibuka selepas ditutup selama 2 tahun. Pengunjung yang telah lengkap vaksin boleh memasuki Malaysia tanpa perlu kuarantin, dengan syarat mereka telah diuji negatif sebelum memasuki negara. Pengunjung juga akan menerima kad pengembara di MySejahtera sebelum dibenarkan menaiki pesawat ke destinasi yang dituju.