Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

Tahukah anda? Maybank menyediakan perkhidmatan untuk menukar kad ATM Maybank (debit card) secara online tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan Maybank.  Semua pemegang kad ATM Maybank boleh memohon untuk penukaran kad kecuali kes seperti kehilangan kad atau terlupa nombor PIN.  Tiada sebarang bayaran dikenakan dan kad akan dihantar terus ke rumah anda dalam tempoh masa 9 hari waktu bekerja bagi yang tinggal dalam Malaysia dan 30 hari waktu bekerja untuk di luar Malaysia dari tarikh permohonan penukaran kad dilakukan.


Tahukah anda? Maybank menyediakan perkhidmatan untuk menukar kad ATM Maybank (debit card) secara online tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan Maybank.

Semua pemegang kad ATM Maybank boleh memohon untuk penukaran kad kecuali kes seperti kehilangan kad atau terlupa nombor PIN.

Tiada sebarang bayaran dikenakan dan kad akan dihantar terus ke rumah anda dalam tempoh masa 9 hari waktu bekerja bagi yang tinggal dalam Malaysia dan 30 hari waktu bekerja untuk di luar Malaysia dari tarikh permohonan penukaran kad dilakukan.


Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

Berikut dikongsikan cara untuk membuat penukaran kad ATM Maybank secara online:

  • Log masuk ke Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my
  • Masuk ke "Settings" dan pergi ke "Cards"
  • Pilih "Debit Cards" dan pergi ke "Replace, Activate & Block"
  • Kemudian klik pada titik tiga yang tertera

  • Pilih "Replace Card"
  • Seterusnya, isikan alamat penuh tempat tinggal dan tekan "REPLACE CARD"
  • Akhir sekali, tekan request SMS TAC dan isi diruangan yang disediakan
  • Permohonan akan diproses dan anda hanya perlu tunggu kad untuk sampai di hadapan rumah anda.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalah dalam membuat penukaran kad bolehlah melayari laman web rasmi maybank2u DI SINI

Catat Ulasan

0 Ulasan