Pengeluaran Khas KWSP: Tambahan 20% Penggantian Jumlah Pengeluaran

 15. Apakah yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran?


PERMOHONAN khas Pengeluaran KWSP telah pun dibuka bermula 12 tengah malam pada 1 April dan akan ditutup pada 30 April ini.


Ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan akan menerima bayaran secara one-off bermula 20 April 2022.




Namun, pasti ramai pencarum telah membaca soalan lazim sebelum mula membuat permohonan, bagi memahami dengan lebih dalam dan jelas terma dan syarat pengeluaran.

KENA GANTI 20% DARI PENGELUARAN?


Adakah anda pening dengan soalan 15 pada FAQ Pengeluaran KWSP?

15. Apakah yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran?

Ahli KWSP perlu menggantikan semula semua jumlah amaun yang telah dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.

Kena ganti ke? Macam mana nak ganti? Baik keluar RM8,000 jer.. eh tapi kena ganti pulak! Jangan risau, anda tidak perlu membayar semula semua amaun yang dikeluarkan.


Maksud soalan ini adalah untuk menyatakan bahawa KWSP bakal menggantikan pengeluaran khas tersebut dengan caruman anda pada bulan berikutnya.

Baca Juga: Pengeluaran Khas KWSP RM10,000: Syarat & Cara Permohonan

Baca Juga: Ini Sebab Kenapa Anda Tidak Lulus BKM, Semak Sekarang!

Biasanya, KWSP menggunakan nisbah 70:30 dalam membahagikan caruman tersebut ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2.

Sebagai contoh, jika caruman anda RM1,000 sebulan, jika mengikut kebiasaan nisbah 70:30.

RM700 – akan terus ke Akaun 1.
RM300 – akan terus ke Akaun 2.

Tapi, sekiranya pengeluaran khas dibuat, nisbah 100:0 bakal digunakan.

Sebagai contoh, caruman anda RM1,000 sebulan, mengikut nisbah 100:0.

RM1000 – akan terus ke Akaun 1.
RM0 – akan ke Akaun 2.

Nisbah 100:0 ini akan terus digunakan sehinggalah baki Akaun 1 anda (termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan) digantikan semula. Ini bermakna, caruman ahli akan kembali seperti biasa iaitu pada nisbah 70:30.


Diharap dengan penjelasan ini, anda tidak perlu ragu-ragu dengan pengeluaran khas KWSP.


Lebih Banyak Info Terkini KWSP Melalui Telegram: @blogrojak