Permohonan i-Sejahtera: Bantuan RM200 Untuk B40

 iSejahtera merupakan sebuah sistem yang dibangunkan untuk melancarkan pengurusan penyaluran pelbagai bantuan kebajikan dan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang.


iSejahtera merupakan sebuah sistem yang dibangunkan untuk melancarkan pengurusan penyaluran pelbagai bantuan kebajikan dan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang.


Program pertama dalam sistem ini adalah Program Penghargaan Warga Emas dan akan diperluaskan lagi untuk program kebajikan seperti

  1. Program Ibu Tunggal
  2. Program OKU
  3. Program Anak Emas
  4. Program Pelajar Emas
  5. Program Ibu Emas
  6. Program Bantuan One-Off

Sistem ini digunakan oleh orang awam,Pusat Khidmat (KADUN) dan Parlimen,Pejabat Masyarakat Penyayang, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM dan PKMD) bagi urusan yang melibatkan permohonan, pendaftaran, pengemaskinian, pengesahan permohonan, dan pengurusan pembayaran. Selain itu, sistem ini juga akan diperluas lagi untuk sebarang program-program kebajikan negeri pada masa akan datang.


Bantuan i-Sejahtera

Bantuan iSejahtera yang boleh dimohon untuk tahun 2022 adalah seperti berikut:

  1. Program Warga Emas
  2. Program Bantuan Ibu Tunggal
  3. Program Kemiskinan AES
  4. Program Bantuan OKU
  5. Program Anak Emas
  6. Program Ibu Emas


Jumlah Bantuan i-Sejahtera

Berikut merupakan jumlah bantuan yang diterima oleh setiap pemohon yang layak:

Bayaran 1 Kali Setahun:

  1. Program penghargaan Warga Emas: RM150
  2. Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100
  3. Program Ibu Emas: RM100
  4. Program Bantuan OKU: RM150

Bayaran Sekali Secara One-Off:

  1. Program Anak Emas: RM200
  2. Khairat Kematian: Rm1,000


Cara Membuat Pendaftaran i-Sejahtera

Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian ataupun secara manual. Berikut dikongsikan cara untuk membuat pendaftaran:

  1. Pendaftaran secara online boleh melayari laman web rasmi iSejahtera di https://isejahtera.penang.gov.my/
  2. Pendaftaran secara manual boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.


Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Berikut dikongsikan senarai dokumen sokongan yang diperlukan ketika membuat pendaftaran:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan / sijil kelahiran salah seorang anak
  3. Salinan kad pengenalan waris / penerima khairat
  4. Salinan sijil kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan
  5. Salinan muka depan buku bank / penyata bank / cetakan pengesahan akaun / penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon
  6. Salinan semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) – Untuk semakan boleh KLIK DI SINI


Semakan Status Permohonan i-Sejahtera

Semakan status pendaftaran boleh dibuat melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699 / 5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing


Maklumat Lanjut i-Sejahtera

Sebarang pertanyaan dan permasalahan mengenai bantuan ini, bolehlah rujuk laman web rasmi iSejahtera

Lebih Banyak Info Terkini Melalui Telegram: @blogrojak