Permohonan Bantuan EPB RM400

Secara umumnya, bantuan kewangan penting untuk sesetengah individu mahupun keluarga. Ini kerana bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.  Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada pakej bantuan yang baru diperkenalkan atau yang sudah lama diperkenalkan namun masih diteruskan sehingga kini.  Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Elaun Persediaan Bekerja. Berikut dikongsikan maklumat terperinci mengenai bantuan ini.


Secara umumnya, bantuan kewangan penting untuk sesetengah individu mahupun keluarga. Ini kerana bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada pakej bantuan yang baru diperkenalkan atau yang sudah lama diperkenalkan namun masih diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Elaun Persediaan Bekerja. Berikut dikongsikan maklumat terperinci mengenai bantuan ini.


Kadar Bantuan EPB

Mereka yang layak akan diberikan bantuan elaun sebanyak RM400


Syarat Kelayakan EPB

Berikut merupakan syarat kelayakan EPB:

  1. Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021
  2. Individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan
  3. Mendaftar sebagai pencari kerja di MyFutureJobs
  4. Menghadiri temuduga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan
  5. Kemaskini log aktiviti di Portal MyFutureJobs


Cara Bayaran EPB

Sekiranya mendapat pekerjaan baharu semasa menerima Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang pertama, kedua, atau ketiga maka bayaran tambahan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) akan dibayar terus pada bulan yang sama.

Baca Sini: Elaun Mencari Pekerjaan RM300


Cara Membuat Permohonan EPB

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

Individu yang layak boleh memuat turun Aplikasi Prihatan PERKESO melalui Playstore atau Appstore dan mohon melalui aplikasi tersebut

NOTA: Sekiranya permohonan ditolak, anda boleh membuat rayuan melalui Portal eAduanSIP


Tarikh Tutup Permohonan EPB

Tarikh tutup membuat permohonan adalah pada 31 Disember 2022.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000

Catat Ulasan

0 Ulasan