TERKINI: BKM Tambahan RM500. Ini Senarai Penerima!

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.


Bantuan Tambahan BKM

Tahukah anda terdapat bantuan tambahan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di mana mereka yang layak BKM akan menerima bantuan tambahan BKM sekiranya layak.


Jumlah Bantuan Yang Diberikan

Jumlah bantuan BKM maksimum adalah:

  • RM2,000

Jumlah bantuan tambahan BKM adalah:

  • RM500 kepada isi rumah berstatus IBT yang mempunyai anak menepati syarat
  • RM300 kepada penerima isi rumah bestatus warga emas

Ini bermakna setiap isi rumah yang layak BKM dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah:

  • RM2,500


Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Tambahan BKM:

  • Penerima BKM kategori isi rumah berstatus Ibu atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat
  • Penerima kategori isi rumah berstatus warga emas

Semakan Kelayakan BKM Tambahan

Semakan status & pengkreditan BKM akan bermula pada 15 November 2022Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan kelayakan BKM Tambahan:

  • Buka laman web https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  • Log masuk seperti biasa
  • Klik pada semakan status untuk semak status permohonan
  • Status permohonan berserta jumlah bayaran bantuan diluluskan akan dipaparkan
  • Jika tiada maklumat BKM Tambahan seperti yang dipaparkan pada gambar di bawah, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima BKM Tambahan.




Tarikh Pembayaran BKM

Berikut adalah tarikh pembayaran BKM Tambahan bagi penerima yang layak:

  1. Fasa 1: 28 Mac 2022
  2. Fasa 2: 27 Jun 2022
  3. Fasa 3: Bermula September 2022
  4. Fasa 4: Bermula 15 November 2022


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai BKM Tambahan ini bolehlah layari laman web BKM atau anda boleh baca FAQ BKM