TERKINI: Permohonan Bantuan SMIS RM150 & RM500

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan diperingkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah Bantuan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).


Bantuan SMIS

Bantuan SMIS adalah bantuan kewangan kerajaan Selangor yang memfokuskan kepada rakyat yang OKU yang berdaftar dibawah kerajaan.

MB Selangor dalam kenyataannya bahawa sebelum ini bantuan OKU akan diletakkan di bawah kelolaan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) namun inisiatif ini akan dikaji dan diperhebatkan balik.

"Di samping penstrukturan ini, Selangor akan menambah nilai baucar beli belah daripada RM100 kepada RM150"

"Dengan penambahan nilai baucar tersebut, program SMUE dan SMIS akan melibatkan penambahan peruntukan sebanyak RM10 juta menjadikan peruntukan bagi SMUE dan SMIS berjumlah RM30.5 juta pada 2023." kata beliau ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023.


Manfaat Skim Bantuan SMUE & SMIS

Berikut adalah manfaat yang akan diterima jika permohonan layak:

Baucar Shopping Bernilai RM100 (Manfaat Semasa Hidup)

  1. Pemohon yang layak akan diberi baucar shopping  sebanyak RM100 di pasaraya yang ditetapkan pada bulan kelahiran pemohon. Penyerahan faedah akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN setempat.
  2. Kemudian, Pemohon yang layak (ahli) juga diharuskan untuk mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon dan sentiasa pantau kemaskini peribadi untuk mengelakkan pemohon terlepas pemakluman


Khairat Kematian RM500 (Faedah Selepas Kematian)

  1. Jumlah faedah yang diterima pemohon adalah RM500
  2. Tertakluk kepada kematian bermula sejak 1 Januari 2021
  3. Untuk tuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.
  4. Pembahagian wang  akan dibuat melalui dalam bentuk tunai/cek oleh pihak Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris.
  5. Seandainya  simati belum membuat permohonan, maka pewaris dikehendaki membuat permohonan SMUE dahulu  selama 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia.


Syarat Kelayakan Bagi Bantuan SMUE & SMIS

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:

Kategori Skim Mesra Insan Istimewa OKU (SMIS)

  1. Anda semestinya anak  bumiputera Malaysia
  2. Pemohon masih hidup atau mati dari tarikh 1 Jun 2021 dan memohon 6 bulan dari tarikh kematian.
  3. Hanya untuk rakyat yang lahir di Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan sebelum 1 Februari 1974 tanpa ada had umur.
  4. Sekurang-kurangnya pemohon lahir luar Selangor dan bermastautin selama 15 tahun di Selangor.
  5. Pemohon mestilah pengundi yang berdaftar di Selangor semasa permohonan dibuat.
  6. Alamat kad pengenalan pemohon hendaklah alamat di Selangor sahaja.


Kategori Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

  1. Anda hendaklah warganegara Malaysia
  2. Anda haruslah berumur 60 tahun keatas
  3. Anda masih hidup atau belum meninggal dunia pada 1 Januari 2021
  4. Alamat kad pengenalan hendaklah alamat di Selangor sahaja
  5. Anda mestilah pengundi yang berdaftar di Selangor semasa permohonan dibuat.


Cara Membuat Permohonan SMUE & SMIS

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian atau online di Sistem E-Mesra,Yawas.

Untuk pemohon yang ingin meneruskan permohonan mestilah menyediakan beberapa dokumen-dokumen yang penting dan mesti diisi seperti yang diinginkan.

Sertakan borang sokongan yang siap diisi perlu dihantar bersama dengan borang permohonan. Bagi pemohon yang memohon di atas talian (online) hendaklah mengisi terlebih dahulu mengenai maklumat sebelum mencetak keluar permohonan.

Untuk Permohonan online juga perlu mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 14 hari setelah membuat permohonan dan perlu menghantar ke Pejabat Yawas atau Pejabat Khidmat masyarakat yang berdekatan


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai SMIS dan SMUE, anda boleh layari laman rasmi E-Mesra YAWAS


Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.