Tarikh & Jumlah Bayaran BTR Fasa 1

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan selama ini akan kekal diteruskan dalam era pentadbiran Kerajaan Perpaduan.


Anwar berkata, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan disalurkan lebih awal iaitu pada Januari 2023 berbanding Mac pada tahun ini.

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023


Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.


“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.


Baca juga:

  1. TERKINI: Cara Mohon Bantuan e-Wallet Bingkas RM300
  2. TERKINI: Bantuan Khas Kewangan RM350
  3. RASMI: Senarai Penerima Bantuan Tunai RM300


Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.


Sumber: Malaysiadateline


Bantuan Keluarga Malaysia 2023

Berdasarkan Bajet 2023 yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2023, Bantuan Keluarga Malaysia akan diteruskan bagi tahun 2023 dengan ketetapan berikut:


Pendapatan Isi Rumah: Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • 5 Anak atau lebih: RM2,500
  • 1 - 4 Anak: RM1,000 - RM2,000


Pendapatan Isi Rumah: RM2,500 - RM5,000

  • 1 - 4 Anak (Bergantung bilangan anak): RM500 - RM1,250


Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM600 (Bergantung Pendapatan)


Bujang

  • RM350 (Bergantung Pendapatan)


Bantuan tambahan untuk ibu / bapa tunggal

  • RM500 (Tambahan)


Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan mengikut belanjawan yang telah dibentangkan

Info lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa