RASMI: Intipati Bajet 2023 (Kemaskini 24 Februari 2023)

RASMI: Intipati Bajet 2023 (Kemaskini 24 Februari 2023)

Untuk pengetahuan anda, maklumat bagi bagi tahun 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Berikut kami kongsikan ringkasan intipati kandungan Bajet 2023.

Intipati Bajet 2023 (24 Februari 2023)

Pembentangan Bajet 2023 akan bermula pada jam 4 petang 24 Februari 2023. Kami akan mengemaskini info dari semasa ke semasa

Berikut adalah intipati dalam bajet 2023: 

1. Belanjawan MADANI ialah cerminan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai luhur, mampu depani tantangan ekonomi global

2. Kerajaan hidang Belanjawan dengan memaparkan fakta dan angka sebenar, tidak cuba kaburi minda rakyat dengan data memukau

3. Ekonomi dijangka berkembang sederhana pada 4.5 peratus berbanding unjuran awal 4-5 peratus pada 2023 berbanding 8.7 peratus pada 2022

4. Peruntukan Belanjawan 2023 disemak naik kepada RM386.14 bilion daripada RM372.3 bilion pada Oktober 2022

5. Hutang negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus KDNK bagi tahun 2023

6. Kerajaan menjangkakan kutipan hasil 2023 berjumlah RM291.5 bilion ketimbang RM294.4 bilion pada tahun lalu – PM Anwar

7. Kerajaan mengunjurkan bahawa pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus

8. Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan

9. Belanjawan 2023: Indeks Persepsi Rasuah 2022 jatuh ke tangga 61 dibandingkan tangga 29 pada 1998, asbab kemerosotan kerana gagal bendung rasuah politik

10. Kadar inflasi tahun ini dijangka sama seperti tahun 2022 iaitu pada kadar 3.3 peratus

11. Tarif elektrik telah dikekalkan bagi semua pengguna domestik dan perniagaan PKS

12. Agihan dividen ASB yang lebih kepada rakyat memerlukan

13. Kerajaan ambil pendekatan yang progresif dalam konteks subsidi bersasar atau struktur percukaian

14. Wujud ketirisan dalam subsidi diesel dengan anggaran hampir RM10 bilion nilai subsidi diesel diseleweng pada 2022

15. Kerajaan hilang RM72 juta hanya disebabkan proses kutipan duti import yang lemah

16. Kerajaan cadang perkenal Cukai Barangan mewah mulai tahun ini

17. Kerajaan sedia RM50 juta bagi membina baharu, naik taraf 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan

18. Kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi 150,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus

19. Kerajaan terus sedia pelbagai kemudahan pinjaman dan pembiayaan untuk manfaat usahawan PMKS dengan nilai keseluruhan sehingga RM40 bilion

20. Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengilangan yang memindahkan operasi ke Malaysia dan kadar cukai 15 peratus kepada C-Suite sehingga tahun 2024

21. Prestasi pasukan penyelamat Malaysia di Turkiye amat cemerlang dan membanggakan, harap dapat tingkatkan kecekapan mengurus bencana

22. Kerasukan dan kegelojohan menggondol khazanah alam, pembalakan bermaharajalela antara sebab terjadi bencana besar

23. Kerajaan tekad pertahankan khazanah semula jadi negara, pelihara biodiversiti, kurangkan kebergantungan Kerajaan Negeri kepada hasil balak

24. RM38 juta disediakan bagi memelihara hidupan liar seperti harimau dan gajah serta habitat hutannya

25. Bilangan renjer yang mengawal kawasan hutan ditambah kepada 1,500 orang libatkan peruntukan RM50 juta

26. Kerajaan akan menyediakan RM50 juta geran sepadan untuk menggalakan automasi sektor perladangan melalui penggunaan robotik dan kecerdasan buatan


Live Update Bajet 2023 (Kemaskini 24 Februari 2023)

Intipati Mini Bajet 2023

Dalam usaha kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada diperingkat persekutuan mahupun negeri.

Salah satunya adalah melalui pembentangan RUU Kumpulan Wang Disatukan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membenarkan perbelanjaan dikeluarkan untuk khidmat kerajaan bagi sebahagian 2023.


Melalui RUU ini, peruntukan khas lebih RM107 Bilion telah diluluskan bagi mengumumkan beberapa bantuan yang akan dilaksanakan pada awal tahun 2023. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tersebut.


Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan dipercepatkan pada bulan Januari 2023 dengan pembayaran sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.


Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023

Jumlah BMT akan ditambah sebanyak RM200 bagi pekebun kecil


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023

Bantuan Awal Persekolahan akan diberikan kepada semua murid tanpa kira had pendapatan ibu bapa dengan bayaran sebanyak RM150 seorang.

Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas

Penjawat awam Gred 11 sehingga 56 akan menerima kenaikan gaji RM100


Bantuan Khas Kewangan

Bantuan khas kewangan diberikan kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah dengan bayaran sebanyak RM700. Manakala untuk pesara kerajaan akan menerima RM350


RASMI: Intipati Bajet 2023 (Kemaskini 24 Februari 2023)


Ringkasan Tema Dan Peruntukan Bajet 2023 (7 Oktober 2022)

Tema

  • Keluarga Malaysia, Makmur Bersama

Peruntukan Bajet

  • 2023: RM373.3 bilion
  • 2022: RM332.1 bilion

Matlamat Induk Belanjawan 2023

3R (Responsive, Responsible, Reformist) 

  • Responsif kepada sebarang cabaran dan melalui bantuan yang komprehensif kepada Keluarga Malaysia 
  • Bertanggunjawab membina daya tahan negara bagi menangani krisis yang mendatang 
  • Reformis yang mengambil peluang merubah lanskap pembangunan negara agar inklusif dan mampan

Perincian Peruntukan bajet 2023

  • Belanja Mengurus Operasi: 272.3 bilion
  • Belanja Pembangunan: 95 bilion
  • Dana Covid: 5 bilion
  • Simpanan Luar Jangka: 2 bilion


Fokus Kandungan Intipati Bajet 2023

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Ditambah Baik

Kategori baru diperkenalkan bagi isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM 2,500 layak untuk mendapat BKM sebanyak: 

  • RM2,500: Menanggung 5 orang anak atau lebih: 
  • RM1,000 – 2,000: Menanggung 1-4 orang anak: 

Bagi isi rumah yang berpendapatan RM2,500 – RM5,000 pula layak untuk mendapat BKM sebanyak RM500 – RM1,250 bergantung kepada bilangan tanggunan anak 

Golongan bujang dan warga emas tanpa pasangan akan terus mendapat bantuan seperti tahun sebelum ini 

Tambahan bantuan RM500 kepada ibu bapa tunggal pada tahun 2023 

Maklumat lanjut di Bantuan Keluarga Malaysia 2023

Subsidi Elektik

  • Pemberian subsidi bil elektrik kepada isi rumah miskin tegar berjumlah sehingga RM40 akan diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat sebelum ini yang hanya terhad kepada isi rumah berpendapatan RM980 ke bawah


Kredit e-Wallet e-Pemula

  • M40: 8 juta individu M40 yang berpendapatan bawah RM100,000 layak untuk menerima kredit e-Wallet sebanyak RM100 
  • Belia: Sebanyak RM200 kredit e-Wallet akan diberikan kepada belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas secara one-off.


Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

  • Ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan diberikan bantuan tunai one-off sebanyak RM500


Bonus Aidilfitri Penjawat Awam

  • Penjawat awam akan menerima bantuan khas kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak RM600


Pengurangan Kadar Cukai Pendapatan Individu

Kadar income tax individu akan dikurangkan sebanyak 2%. Berikut merupakan maklumat lanjut: 

  • Pendapatan bercukai RM50,001 – RM70,000, turun daripada 13% kepada 11% 
  • Pendapatan bercukai RM70,001 – RM100,000, turun daripada 21% kepada 19%


Pelepasan Cukai Bagi Yuran Tadika Dan Taska

  • Sebanyak RM3,000 pelepasan cukai akan diberikan ke atas bayaran taska/tadika sehingga tahun taksiran 2024 


Pengecualian Cukai Untuk Wanita 

  • Pendapatan yang diterima pada tahun 2023 sehingga 2028 akan diberikan pengecualian bagi menggalakkan golongan wanita kembali bekerja setelah career break 


Had Amanah Saham Bumiputera (ASB) Dan Pinjaman Mudah ASB di BSN 

  • Jumlah pegangan maksimum di ASB dan ASB2 ditingkatkan kepada 300,000 unit (RM300,000) berbanding 200,000 unit sebelum ini
  • Selain itu, golongan B40 bumiputera juga layak untuk memohon pinjaman mudah BSN untuk melabur di ASB pada kadar 1.5%


Pengecualian Bayaran PTPTN 

  • Peminjam PTPTN yang berjaya mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama akan diberikan pengecualian dari membayar balik bayaran pinjaman PTPTN 


Orang Kurang Upaya   

  • Pengecualian bayaran pendafaftaran dan pembahuruan sijil perniagaan SSM di bawah Skim 1 OKU 1 Perniagaan 
  • OKU akan mendapat baucar perjalanan yang akan diberikan melalui perkhidmatan e-hailing 
  • Penubuhan 50 buah taska OKU baharu bagi memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak OKU ke tempat asuhan selamat 


Pas My50 

  • Bagi pengguna pengangkutan awam sekitar Lembah Klang, pas My50 akan diteruskan bagi tahun 2023 13. 


Bantuan Awal Persekolahan 

  • Setiap murid akan menerima bantuan awal persekolahan yang ditambah berbanding tahun sebelum sebanyak RM150 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa


Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 

  • Penambahbaikan RMT dengan kenaikan kadar makanan bermasak daripada RM2.50 kepada 3.50 di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak kenaikan daripada  RM3 kepada RM4 berkuatkasa serta merta 


Bantuan Musim Tengkujuh 

  • Pekebun kecil getah akan menerima kenaikan BMT sebanyak RM200 menjadikan jumlah bantuan yang akan diterima pada tahun 2023 kepada RM800 


Pengenalan Semula Bantuan Pesawah 

  • Bantuan sebanyak RM200 sebulan akan diberikan kepada pesawah untuk tiga bulan atau satu musim penuaian 


Geran One-Off  RM1,000 PMKS 

  • Sejumlah RM1,000 geran akan diberikan kepada perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS) berdaftar dan pemandu teksi berdaftar yang layak


Skim Pembiayaan Agrofood BNM 

Sebanyak RM 1 Bilion dana diperuntukkan bagi membantu PKS meningkat jumlah pengeluaran agro makanan melalui Skim Pembiayaan Agrofood pada kadar 3.5% 19. 

Pengurangan Kadar Cukai Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) 

Kadar income tax PMKS dikurangkan sebanyak 2% daripada 17% kepada 15% bagi RM100,000 pertama 


Subsidi, Bantuan Dan Insentif 

RM55 bilion diperuntukkan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat 


Insentif Penggajian PERKESO 

Sebanyak RM600 – RM750 sebulan selama tiga bulan diperuntukkan bagi golongan rentan 


Program MyWIRA 

Pemegang kad veteran ATM dan kad pesara Polis akan menikmati diskaun sebanyak 50% ke atas pengangkutan awam di bawah kendalian PRASARANA 


Bayaran Khas RM500 

Bayaran one-off RM500 kepada para Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, Guru Takmir, dan Guru KAFA


Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.