TERKINI: Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Sebelum Aidilfitri Tahun 2023

TERKINI: Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Sebelum Aidilfitri Tahun 2023

KUALA LUMPUR: Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan terjejas sekiranya desakan pengeluaran khas dipenuhi.

Memetik laporan Berita Harian, Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) dan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) memberitahu, ia berikutan berjuta caruman lagi masuk setiap bulan dalam tabungan agensi terbabit.


TERKINI: Pengeluaran Khas KWSP Sebelum Aidilfitri

Pertubuhan bukan kerajaan yang sinonim mendesak pengeluaran KWSP ini, mempunyai sebab kukuh mendesak kerajaan meluluskan pengeluaran kali ini.

Presiden 4PM, Rosland Mohd Arif berkata, pengeluaran itu seharusnya dibenarkan berikutan ia membabitkan simpanan milik pencarum sendiri dan mereka sedar tabungan masa depan susut.

Katanya, dengan kesempitan hidup mungkin ada antara pencarum tidak sempat menikmati persaraan hari tua, memandangkan pada masa sekarang jumlah yang terkesan semakin ramai, ada yang diisytihar bankrap dan mengakhirinya dengan bunuh diri.


TERKINI: Pengeluaran Khas KWSP Sebelum Aidilfitri

“Apabila KWSP mengatakan RM145 bilion sudah dikeluarkan dalam tempoh pandemik, pada kami itu hanya satu angka kerana pelbagai penyelesaian dana diseleweng, negara kita masih lagi berduit, tiada kakitangan tidak bergaji atau sebagainya.

“Justeru mengapa KWSP sukar membenarkan pengeluaran sedangkan berjuta pencarum terus melabur dalam dana persaraan itu dan kenapa terus mempertikai soal pengeluaran (saki baki simpanan), sedangkan mereka benar-benar memerlukannya,” katanya kepada portal arus perdana.

KWSP sebelum ini mendedahkan pihaknya terlepas peluang mengembangkan aktiviti pelaburannya susulan pengeluaran RM145 bilion oleh 8.1 juta ahlinya menerusi empat siri kemudahan pengeluaran ketika pandemik C19, iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas.


Namun demikian, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, dilaporkan berkata pengeluaran RM145 bilion berkenaan tidak memberi kesan ketara terhadap portfolio pelaburan pengurus dana persaraan itu.

Ini kerana katanya, prestasi pelaburan KWSP dan pemberian dividen lebih dipengaruhi oleh perkembangan yang berlaku dalam pasaran global dan domestik, yang mana masih kekal mencabar dan tidak menentu.

Berikutan empat siri pengeluaran sebelum ini, beberapa pihak terus mendesak kerajaan agar membenarkan pengeluaran simpanan KWSP antara RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘one-off’ bagi meringankan kos sara hidup rakyat.


Mengulas lanjut, Presiden 4PM Rosland berkata, penjelasan yang diberikan KWSP yang tidak mahu membenarkan pengeluaran menunjukkan agensi itu seolah-olah ada kepentingan tersembunyi, mengecewakan kerana tuntutan itu dibuat mengeluarkan simpanan pencarum sendiri.

“Dengan penjelasan itu, KWSP seolah-olah tidak melihat realiti yang terjadi seperti rakyat menderita, tiada beras, hilang pekerjaan dan hanya menggunakan apa yang difikirkan tanpa meletakkan diri dalam situasi sebenar.


“Lagipun ia bukan dana kerajaan, mahu menunggu hari tua untuk mengeluarkannya, mungkin tidak sampai usia itu kerana mereka meninggal dunia, ditimpa musibah, kita tidak tahu,” katanya.


Tuntutan Pengeluaran RM10,000 Hingga RM30,000 One-Off

Tuntutan pengeluaran RM10,000 hingga RM30,000 ‘one off’ tidak akan mengganggu pelaburan KWSP dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minta diberikan masa untuk mempertimbangkan pengeluaran khas KWSP.


“Kami berharap Kerajaan Perpaduan dan Malaysia Madani berhasil mencari satu formula dan resolusi terbaik bagaimana caruman KWSP boleh diluluskan.

“Besar harapan pencarum supaya tabungan itu boleh dikeluarkan selepas pembayaran dividen selewat-lewatnya pada Mac atau sebelum Ramadan atau Aidilfitri,” ujarnya.


Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.