Akaun 3 KWSP Akan Dilaksanakan Seawal Bulan Mei 2024

Akaun 3 KWSP Akan Dilaksanakan Seawal Bulan Mei 2024

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan memperkenalkan Akaun 3 kepada ahli tidak lama lagi.

Akaun 3 KWSP merupakan akaun fleksibel yang membolehkan pengguna untuk mengeluarkan dana pada bila-bila masa, tidak seperti akaun 1 dan 2 sedia ada. Kini, walaupun sebelum pengumuman rasminya, terdapat laporan mengatakan pelaksanaannya akan bermula seawal bulan Mei.

Akaun 3 KWSP Akan Dilaksanakan Seawal Bulan Mei 2024

Laporan dari NST menyatakan caruman tersebut dijangka akan disalurkan ke Akaun 3 seawal bulan Mei dan berikutnya. Akaun 3 tersebut akan dimulakan dengan baki kosong dan akan melibatkan 10% daripada caruman bulanan pada masa hadapan. Dengan sistem baharu yang telah distrukturkan semula, Akaun 1 akan menerima 75% daripada caruman bulanan manakala 15% pula untuk Akaun 2.

Buat masa sekarang, caruman bulanan KWSP dipecahkan kepada 70% kepada Akaun 1 dan 30% kepada Akaun 2. Akaun 1 hanya boleh diakses selepas persaraan, manakala Akaun 2 pula boleh diakses bagi keperluan pendidikan, kesihatan dan perumahan. Ini berbeza dengan Akaun 3 yang menyediakan fleksibiliti kepada pengguna untuk mengeluarkan dana pada bila-bila masa seperti akaun simpanan.

SEDANG TRENDING :

Bayaran Akaun 3 KWSP

Selepas akaun 3 kwsp atau akaun fleksibel ini dilaksanakan, akaun ahli akan dibahagikan kepada:

  • Akaun 1 : 75%
  • Akaun 2 : 15%
  • Akaun 3 : 10%
Akaun 3 KWSP Akan Dilaksanakan Seawal Bulan Mei 2024
Sumber Foto : The Star

Ahli KWSP diberi masa bermula Mei sehingga 31 Ogos 2024 (fasa pengumpulan) untuk pilih jumlah permulaan ke dalam Akaun 3 di mana ahli boleh pindahkan dana daripada Akaun 2 ke Akaun 3.

Baki Akaun 3 akan bermula dengan ‘Kosong’ jika ahli memilih untuk tidak sertai untuk jumlah permulaan.

Akaun 3 KWSP Boleh Dipindahkan Ke Akaun Lain

Difahamkan juga, KWSP akan membenarkan pencarum yang ingin memaksimumkan kadar pulangan dengan memindahkan dana dalam akaun fleksibel tersebut ke dalam Akaun 1 dan 2. Walau bagaimanapun, disebabkan Akaun 3 adalah akaun fleksibel, ia dikatakan akan mendapat pulangan jauh lebih rendah berbanding dividen untuk Akaun 1 dan Akaun 2.

Setakat ini, KWSP masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pelaksanaan Akaun 3, serta mekanisme pengeluarannya juga masih belum diketahui. Untuk tahun kewangan 2023, KWSP mengumumkan 5.5% dividen kepada ahli dengan akaun konvensional dan 5.4% akaun patuh syariah. Secara keseluruhan, ia melibatkan pembayaran berjumlah RM57.8 bilion.

Syarat Dan Kelebihan Akaun 3 KWSP

Cadangan pengeluaran mandatori bulanan hanya akan dilaksanakan untuk ahli baharu sahaja yang lahir pada atau selepas tahun 2010.

Cadangan memperkenalkan Akaun 3 itu juga adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

Selain itu, Akaun 3 itu juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.

Walaupun tujuan Akaun 3 adalah untuk menangani isu aliran tunai dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.

“Ia adalah pilihan semata-mata untuk ahli sedia ada,” kata Nurhisham, Ketua Pegawai Strategi KWSP.

Tambah beliau, mereka yang mendaftar akan dapat memindahkan simpanan mereka dari Akaun 1 atau 2 ke Akaun 3.

Memandangkan Akaun 3 akan bertindak sebagai dana kecemasan, Nurhisham berkata ia mungkin akan menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dua akaun lain. Oleh itu, KWSP merancang memperuntukkan caruman antara 3% hingga 5% bagi pencarum Akaun 3 yang akan dikreditkan secara automatik.

Buat masa ini, caruman 70% dana dimasukkan ke Akaun 1 manakala baki 30% ke Akaun 2 KWSP.

Untuk rekod, rakyat Malaysia seawal berusia 14 tahun boleh membuka akaun KWSP.

Akaun 3 KWSP Akan Dilaksanakan Seawal Bulan Mei 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai akaun 3 KWSP, anda boleh dapatkan maklumat melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:

Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Hotline : 03-8922 6000
Laman Web Rasmi : https://www.kwsp.gov.my

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Leave a Comment