Bantuan Bulanan My50 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan Bulanan My50 akan meneruskan lagi pada tahun 2024. Bantuan ini merupakan satu bentuk bantuan kewangan kepada seluruh rakyat malaysia tanpa mengira had umur, latar belakang dan juga pendapatan bulanan.

Bantuan My50 adalah kerjasama antara kerajaan Malaysia dan pihak Prasarana Malaysia Berhad. Untuk makluman, bantuan ini sudah pun diperkenalkan sejak tahun 2018 lagi demi meringankan bebanan rakyat.

Bantuan Bulanan My50 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Bantuan Bulanan My50 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Bantuan Bulanan My50

Bantuan Bulanan My50 merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang diusahasama dengan Prasarana dengan tujuan memberi akses kepada semua rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan pengangkutan tanpa had selama sebulan.

Pengguna dapat menggunakan selama 30 hari tanpa had perkhidmata Rapid KL, LRT, MRT, Monorail, BRT dan juga bas Rapid KL di kawasan sekitar Lembah Klang.

Pas ini juga dapat digunakan di Pulau Pinang yang diberi nama My50 Mutiara. Pengguna dapat menikmati perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk bas Rapid Penang.

Bantuan Bulanan My50 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Bantuan Bulanan My50 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Syarat Kelayakan Bantuan Bulanan My50

Bantuan bulan My50 ini boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia yang mempunya MyKad ataupun MyTentera tanpa mengira had umur dan juga pendapatan.

Cara Memohon Bantuan Bulanan My50

Dokumen yang diperlukan adalah :

  1. Kad Pengenalan(MyKad / MyTentera) yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go

Anda boleh mendaftar kad pengenalan anda untuk pas bulanan My50 di :

  1. Semua stesen LRT
  2. Semua stesen Monorel
  3. Semua stesen BRT
  4. Hub Bas Rapid KL tertentu :
    – Pasar Seni
    – Chow Kit
    KLCC
    – Sri Nilam
    – Pearl Point
    – Sunway Pyramid
    – Greedwood
  5. Kiosk Rapid Penang tertentu :
    – Komtar
    – Weld Quay
    – Penang Central
    – Bukit Jambul
    – Ibu Pejabat Rapid
    – Lorong Kulit Penang
    – Kompleks Dat’ Kailan
    – Balik Pulau
    – Bukit Mertajam
Bantuan Bulanan My50 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Bantuan Bulanan My50 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Bantuan Bulanan My50 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Bantuan Bulanan My50 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Cara Membeli My50

Cara membeli pas bantuan bulanan My50

  • Pastikan anda membawa kad pengenalan anda ke kaunter perkhidmatan pelanggan rapid kl atau hub tertentu yang sudah disebutkan diatas.
  • bawa bersama anda duit tunai RM60 untuk menambah nilai duit di dalam kad pengenalan anda
  • caj RM0.50 dikenakan sebagai yuran tambah nilai
  • Baki tidak akan ditolak selepas anda menaktifkan pas anda sehinggalah anda menggunakannya di pintu bas
  • anda juga boleh memohon pembaharuan secara automatik di mana-mana pejabat perkhidmatan pelanggan yang terpilih

Anda juga boleh membeli secara atas talian. Hanya perlu memuat turun aplikasi MyRapid Pulse dan melakukan pembayaran menerusi aplikasi tersebut.

Muat turun aplikasi My Rapid Pulse di sini :

  1. App Store(Apple)
  2. Play Store(Android)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan pas bulanan My50 boleh hubungi :

+603-7885 2585(PRASARANA) atau email ke [email protected]

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.