Bantuan e-Wallet RM150 Untuk Rakyat Malaysia

Menerusi Belanjawan 2022, kerajaan akan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. Untuk makluman anda, lebih 2 juta akan menerima manfaat daripada program ini dengan peruntukkan 300 juta ringgit.  Berikut dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan bantuan ini.


Menerusi Belanjawan 2022, kerajaan akan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. Untuk makluman anda, lebih 2 juta akan menerima manfaat daripada program ini dengan peruntukkan 300 juta ringgit.

Berikut dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan bantuan ini.

Jumlah Bantuan

Sebanyak RM150 secara one-off akan diberikan kepada golongan belia yang layak melalui eStart iaitu e-Skim Transaksi Tanpa Tunai.


e-Dompet Atau e-Wallet Yang Terlibat

Buat masa ini, tiada diumumkan lagi rangkaian e-wallet yang terlibat. Akan tetapi jika dilihat pada tahun 2021, penebusan program ebelia pemerkasa telah dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi e-wallet berikut:

  • Touch n Go eWallet
  • Boost
  • Grab Pay
  • Big Pay

JOIN TELEGRAM RASMI: t.me/blogrojak


Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia
  • Belia berumur 18 – 20 tahun
  • Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Tarikh & Cara Membuat Permohonan

Tarikh dan cara untuk membuat permohonan bantuan ini masih belum dimaklumkan lagi. Kami dari Blog Rojak akan kemaskini maklumat berkaitan bantuan ini dari semasa ke semasa.