Bantuan Khas Covid (BKC) RM800 Untuk B40 Bermula Ogos 2021

Berita baik untuk anda semua, bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat COVID-19 pihak kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif iaitu Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang kan mula diagihkan pada bulan Ogos ini.

JUMLAH BANTUAN YANG DITERIMA & JADUAL PEMBAYARAN

Untuk setakat ini, tiada tarikh tertentu yang diumumkan bilakah tarikh pemberian BKC, namun pengkreditan dijangka pada minggu terakhir bulan Ogos 2021. Sama-sama kita nantikan info dari semasa ke semasa.

Penerima Miskin Tegar

  • Isi Rumah: RM1,300
  • Warga Emas Sebatang Kara: RM500
  • Bujang: RM500

Penerima B40

  • Isi Rumah: RM800
  • Warga Emas Sebatang Kara: RM200
  • Bujang: RM200

Penerima M40

  • Isi Rumah: RM250
  • Warga Emas Sebatang Kara: RM100
  • Bujang: RM100

Jadual Pembayaran BKC:



CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana kelayakan penerima akan ditentukan berdasarkan data sedia

Miskin Tegar & B40: Permohonan BPR 2021

M40: Percukaian (LHDNM)

KAEDAH PEMBAYARAN

Penerima yang layak akan dibayar melalui nombor akaun yang didaftarkan:

Miskin Tegar & B40: Akaun Bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021

M40: Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat terperinci berkaitan BKC, anda boleh rujuk DI SINI.