TERKINI: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024

TERKINI: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024

IPOH: CUEPACS menggesa supaya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat, berkata pihaknya berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan tradisi bantuan khas perayaan itu sebagaimana dilaksanakan sepanjang 10 tahun lalu.

TERKINI: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024
Sumber Foto : BPO

Menurutnya, insentif itu bukan sahaja memberi manfaat kepada penjawat awam, malah melegakan kelompok peniaga.

“Kami merayu supaya kerajaan mengumumkan dalam waktu yang terdekat ini, kerana ada keluh kesah peniaga di luar sana apabila penjawat awam kurang ‘purchasing power’.

“Sekurang-kurangnya dengan ada bantuan khas Aidilfitri, bukan sahaja penjawat awam (terima manfaat), tetapi untuk peniaga di bazar Aidifitri yang memerlukan pembeli yang mampu membeli barangan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:————————-

———————————————————

“Jika kami tidak ada kelebihan, maka kami tidak mampu membeli (dan mewujudkan) pusingan ekonomi kepada peniaga,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bubur Lambuk Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Perak di Anjung AUEGCAS.

Dalam pada itu, Adnan melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Perak dan Pulau Pinang yang sudah mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri masing-masing.

Beliau turut menyarankan kerajaan negeri lain mencontohi tindakan prihatin dua negeri berkenaan.

“CUEPACS memohon dan merayu kepada semua kerajaan negeri yang lain agar memberi pertimbangan yang sama seperti Perak dan Pulau Pinang,” katanya.

Pada majlis sama, AUEGCAS menyumbang RM2,000 kepada Tabung Kemanusiaan P4lestin Media Prima.

SUMBER : Berita Harian

Bantuan Perayaan RM500 & RM250

Terdahulu Adnan berkata jika kerajaan rasa ada keperluan untuk sedikit tambahan dalam bentuk bantuan perayaan seperti mana lazim diberikan setiap tahun dan tidak pernah tidak beri, mungkin tradisi sama boleh dikekalkan, kita alu-alukan, tetapi CUEPACS tidaklah mendesak.

“Lazimnya kerajaan bagi bantuan perayaan RM500 untuk penjawat awam dan RM250 untuk pesara, kekalkan yang sama pun sesuatu yang baik,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Sembilan bersama CUEPACS yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.