Belanjawan 2022 kali ini amat menitikberatkan semua pihak dengan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera.
Dengan memfokuskan 3M iaitu memulih kehidupan, membina semula daya tahan dan memankin pembaharuan, belanjawan kali ini adalah belanjawan yang tertinggi dalam sejarah negara.
Bantuan Kewangan RM350
Bantuan ini akan diberikan secara one-off kepada Pesara Kerajaan bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepda rakyat.
Tarikh Penerimaan Bantuan
Tiada tarikh terperinci bilakah bantuan ini akan disalurkan. Namun begitu, anggaran bantuan ini disalurkan bermula pada Januari 2022 nanti.
Sebarang info akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.
Cara Membuat Permohonan
Tiada sebarang permohonan akan dibuka. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penjawat awam.
Sumber: Kerjasemasa