Bantuan eMadani: Penebusan Kredit e-Wallet RM100 Bermula 4 Disember 2023

Bantuan eMadani: Penebusan Kredit e-Wallet RM100 Bermula 4 Disember 2023

Pendaftaran dan penebusan kredit eWallet ataupun eMadani akan dibuka bermula Isnin 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

Perkara itu diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara pada 29 November 2023.

Berikut dikongikan maklumat lanjut mengenai eWallet ini dan cara untuk membuat penebusan.

eWallet RM100 (eMadani)

eMadani merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangkan ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’

Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.

Program ini dijangka akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMadani bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’

Syarat Kelayakan Bantuan

Berikut adalah syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas pada tahun 2023
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

TENGAH TRENDING:________________

__________________________________

Tarikh Tuntutan Dan Perbelanjaan

  • Tarikh Tuntutkan: Jam 8 Pagi, 4 Disember 2023 – 11.59 Malam, 20 Februari 2024
  • Tempoh perbelanjaan: Selewat-lewatnya 11.59 Malam, 29 Februari 2024

Cara Permohonan dan Penebusan

Permohonan dan penebusan eMadani boleh dilakukan menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu:

Anda perlu melakukan proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Berikut adalah cara untuk membuat verikasi:

  • Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
  • Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
  • Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC).
  • Langkah 4: Pada Aplikasi e-dompet anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMadani dan tekan ‘Hantar’.
  • Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntuan berjaya.

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ewallet daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.

Apakah Yang Boleh Dibeli Menggunakan Kredit RM100 eMadani

Anda boleh menggunakannya untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  • Pemindahan ‘peer-to-peer’;
  • Penebusan tunai;
  • Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
  • Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eWallet ini, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

Sumber: https://manfaat.mof.gov.my/emadani

SIARAN MEDIA PERUNTUKAN RM1 BILION BAGI eMADANI DIJANGKAN MEMANFAATKAN SEHINGGA 10 JUTA RAKYAT MALAYSIA

Bantuan RM100 eMadani: Penebusan Kredit eWallet Bermula 4 Disember 2023
Bantuan RM100 eMadani: Penebusan Kredit eWallet Bermula 4 Disember 2023

Soalan Lazim

Bagaimanakah saya akan tahu sama ada saya layak?

Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Bilakah saya akan mendapat tuntutan kredit RM100 eMADANI?

Sekiranya anda memenuhi kelayakan eMADANI dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM100 secara ‘oneoff’ ke dalam e-dompet pilihan anda. Mengikut kebiasaan, proses ini mengambil masa 24 jam sehingga 5 hari dari tarikh permohonan.

Adakah saya akan dimaklumkan sekiranya permohonan saya gagal?

Ya, anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada e-dompet pilihan anda.

Saya hanya akan mencapai umur 21 tahun pada akhir tahun 2023, adakah saya layak untuk program ini?

Ya, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada tahun 2023 adalah layak untuk program ini, tertakluk juga kepada syarat yang tertera di atas.

Saya pernah menerima eBeliaRahmah sebelum ini. Adakah saya turut layak menerima eMADANI?

Penerima eBeliaRahmah tidak layak untuk program ini kerana mereka telah menerima manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Saya merupakan graduan baharu yang baru mula bekerja. Saya pernah menerima kredit eBeliaRahmah sebelum ini sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar; adakah saya layak untuk program ini?

Tidak, pemohon yang telah menerima kredit eBeliaRahmah tidak layak untuk program ini.

Adakah saya dibenarkan untuk membuat pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai?

Tidak dibenarkan. Kredit eMADANI tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan ‘peertopeer’ atau penebusan tunai. Sentiasa berwaspada dengan sebarang taktik penipuan oleh ‘scammer’ yang menawarkan penebusan tunai bagi kredit eMADANI atau tawaran-tawaran lain.

Bilakah saya akan menerima insentif tambahan e-tunai daripada penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini?

Ini bergantung kepada penyedia perkhidmatan e-dompet masing-masing berdasarkan polisi kempen yang ditawarkan. Sila rujuk maklumat kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.