Bantuan RM500 Untuk Golongan B40 Yang Kehilangan Pendapatan Tahun 2021

Berikutan daripada komitmen pihak kerajaan untuk meneruskan agenda prihatin rakyat, sukacita dimaklumkan bahawa pihak kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada semua rakyat yang berjumlah 10 bilion ringgit sehingga hujung tahun ini melalui pakej baharu iaitu pakej PEMULIH. 

Untuk pengetahuan anda, pihak kerajaan telah mengumumkan akan memberikan Bantuan Kehilangan Pekerjaan pada bulan Oktober 2021 kepada individu yang kehilangan pekerjaan. 

BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN

Bantuan kehilangan pendapatan inin akan diberikan kepada mereka yang layak sebanyak:

  • RM500
TARIKH BANTUAN DISALURKAN
Untuk makluman, bantuan ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan 500 juta ringgit. Bantuan akan mula disalurkan bermula pada: 
  • Oktober 2021
SYARAT KELAYAKAN

Untuk pengetahuan anda, pada bulan Oktober nanti sebanyak RM500 akan disalurkan kepada: 
  • Pekerja yang kehilangan pendapatan. 
  • Berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahunh 2021. 
Pihak kerajaan sedar bahawa kehidupan ramai di kalangan rakyat yang terjejas teruk akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19. Semoga dengan adanya bantuan yang disalurkan ini dapat membantu meringankan beban kita semua. Semoga bermanfaat.