Bantuan RM700 Tanpa Perlu Permohonan – Skim MySalam

Bantuan RM700 untuk rakyat Malaysia: cara mohon & syarat kelayakan

Skim mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan kepada individu yang layak.

Objektif bantuan ini adalah untuk menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial bagi membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit

Anda Mungkin Berminat:

Bantuan RM700 Tanpa Perlu Permohonan

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini tidak memerlukan permohonan dan hanya diberikan kepada mereka yang layak.

Mereka yang layak akan mendapat manfaat seperti berikut:

  • Bayaran tunai RM50 sehari sehingga maksimum 14 hari (RM700 Setahun)
  • Bayaran tunai RM8,000 apabila didiagnosis dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal

Senarai penyakit kritikal boleh rujuk DI SINI

Syarat Kelayakan Bantuan RM700

Bantuan ini diberikan kepada penerima bantuan khas kerajaan seperti program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatan Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Bantuan RM700 Tanpa Perlu Permohonan - Skim MySalam

Semakan Kelayakan Bantuan RM700

Semakan kelayakan boleh dibuat di laman web MySalam https://www.mysalam.com.my/b40/info/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai skim ini boleh hubungi talian mySalam di 1-300-888-938 atau emel ke [email protected]

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah itu mySalam?

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Siapakah yang layak untuk menerima mySalam?

Penerima mySalam adalah individu yang menerima bantuan program khas kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam. Pengumuman kelayakan akan dikongsi melalui kiriman SMS ke nombor telefon yang dikemaskini dalam program-program yang didaftar oleh penerima seperti yang disebut di atas.

Manfaat yang diperoleh daripada skim mySalam?

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.