Cara Claim Bantuan Kuarantin NADMA RM100 Sehari

Bantuan Kuarantun NADMA merupakan sebuah bantuan yang diberikan kepada mereka yang dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak C19 di bawah seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM bagi merawat C19



Bantuan Kuarantun NADMA merupakan sebuah bantuan yang diberikan kepada mereka yang dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak C19 di bawah seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM bagi merawat C19

Bantuan Kuarantin NADMA

Bagi mereka yang ingin claim bantuan ini:

  1. Kerajaan menghadkan hanya rawatan / kuaratin sebelum / pada 31 Mac 2022 sahaja layak memohon
  2. Sekiranya anda mula kuarantin / rawatan pada atau selepas 1 April 2022, kerajaan menyatakan anda tidak layak memohon
  3. Tarikh akhir untuk permohonan bantuan ini adalah pada 30 April 2022.


Jumlah Bantuan Kuarantin NADMA

Berikut adalah jumlah bayaran bantuan kuarantin NADMA:

  1. Kadar bantuan yang diberikan adalah RM100 sehari dan maksimum 14 hari. 
  2. Bantuan ini diberikan sekali sahaja dalam tempoh penularan jangkitan C19.
  3. Bantuan ini hanya diberikan kepada mereka yang terjejas pendapatan seperti bekerja sendiri. Jika pesakit sudah ada pendapatan tetap, mereka tidak layak untuk memohon.

Cara Bayaran Bantuan Kuarantin NADMA

Bayaran akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) dan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak dalam tempoh masa 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Bayaran akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) dan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak dalam tempoh masa 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.



Syarat Kelayakan Bantuan Kuarantin NADMA

Berikut merupakan syarat kelayakan Bantuan Kuarantin NADMA:

  1. Menerima perintah kuarantin C19 dari KKM (Annex14/Annex17) di bawah seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
  2. Menjalani rawatan C19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate)
  3. Hanya bagi mereka yang dikuarantin / dirawat sebelum atau pada 31 Mac 2022 sahaja layak untuk memohon
  4. Kuarantin / rawatan yang bermula pada 1 April 2022 tidak layak memohon
  5. Tarikh akhir permohonan perlu sampai ke NADMA sebelum atau pada 30 April 2022. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh ini tidak layak dan tidak akan diproses

Pemohon Yang Tidak Layak:

  1. Bukan warganegara Malaysia
  2. Tidak dikenakan perintah Kuarantin C19 (Annex14 KKM) / tidak dirawat di wad hospital (warded) kerana C19
  3. Tidak bekerja di Malaysia dan tiada pekerjaan sebelum dan semasa dikenakan perintah Kuarantin C19 / warded kerana C19
  4. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh kuarantin C19 / Warded kerana C19

Cara Membuat Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA

Permohonan boleh dibuat secara online atau secara pos.

Permohonan secara online:

  1. Layari laman web Bantuan Kuarantin NADMA – KLIK SINI
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen-dokumen sokongan

Permohonan secara pos:

  1. Isi dan lengkapkan semua borang yang diperlukan
  2. Pos borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Borang & Dokumen Sokongan

  1. LAMPIRAN A – Borang Permohonan Bantuan
  2. LAMPIRAN B – Borang Akuan Kehilangan Pendapatan
  3. LAMPIRAN C – Surat Perwakilan Kuasa (Jika tiada akaun bank)
  4. Salinan Kad Pengenalan
  5. Salinan borang mula dan tamat kuarantin
  6. Salinan penyata bank / salinan depan buku akaun


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-8870 4800 atau emel ke [email protected] atau layari laman web nadma untuk maklumat lanjut permohonan.