Cara Daftar Akaun Maybank2u : Panduan Mudah Bergambar

Maybank2u merupakan platform perbankan secara dalam talian yang paling terkemuka di Malaysia yang diperkenalkan oleh syarikat Malayan Bank Berhad(MAYBANK). Maybank2u menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan kepada penggunanya.

Dengan Maybank2u, pelanggan dapat menikmati kemudahan untuk mengakses ke akaun mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja, serta membolehkan transaksi seperti pemindahan wang, pembayaran bil, dan semakan baki dengan mudah dan selamat.

Pihak Maybank juga telah memperkenalkan MAE kepada semua pelanggannya, iaitu sebuah aplikasi perbankan digital yang mengintegrasikan pembayaran QR dan bertindak sebagai dompet digital.

Menerusi aplikasi MAE terdapat fitur-fitur menarik untuk memantau perbelanjaan, menyusun bajet, dan menabung dengan ciri ‘Tabung’ yang memudahkan penabungan secara konsisten dan berkala.

Cara Daftar Akaun Maybank2u : Panduan Mudah Bergambar
Cara Daftar Akaun Maybank2u : Panduan Mudah Bergambar

CARA DAFTAR MAYBANK2U SECARA ONLINE

LANGKAH 1

Pergi ke pautan ini : https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/signup.do

LANGKAH 2

Sila masukkan maklumat berikut:

  • Nombor kad / Nombor Akses – Nombor akaun Maybank dengan 12 digit
  • Nombor PIN – PIN ATM Maybank dengan 6 digit

LANGKAH 3

  1. Sila buat Profil Pengguna menggunakan ruang Username dan Password.
  2. Masukkan alamat e-mel yang aktif anda.

Penting : Sebuah Kod TAC 6 digit akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan di Maybank.

Pastikan nombor telefon anda telah didaftarkan di mesin ATM Maybank sebelum ini untuk menerima Kod TAC

Jika nombor telefon anda belum dikemaskini oleh bank, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan Maybank di talian 1 300 88 6688 untuk mengemaskini nombor telefon bimbit anda atau mendapatkan panduan langkah demi langkah cara mendaftar Maybank2u.

Atau, anda boleh membuat pendaftaran nombor telefon anda di mesin ATM Maybank yang berdekatan dengan anda.

TRENDING SEKARANG
Cairkan Daging Cepat – 3 Cara Terbukti Berkesan

LANGKAH 4

Sila lengkapkan 3 butiran berikut untuk tujuan keselamatan:

  1. Imej – Pilih gambar sebagai langkah keselamatan.
  2. Frasa Keselamatan – Sila masukkan perkataan atau frasa yang unik dan mudah diingati sebagai langkah keselamatan.
  3. Soalan Memorable – Pilih tiga soalan yang dapat anda jawab dan taipkan jawapannya. Pastikan ia sesuatu yang mudah diingati kerana ia akan digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang.

LANGKAH 5

Pendaftaran Maybank2U anda akan lengkap setelah anda menerima notifikasi yang mengesahkan bahawa ia berjaya.

Ini menandakan bahawa proses pendaftaran anda telah berjaya dilakukan! Dengan panduan mudah dan ringkas ini, anda sekarang boleh mendaftar Maybank2u secara atas talian dengan lancar. Ikuti langkah-langkahnya dan pastikan maklumat anda betul.

Menerusi perkhidmatan Maybank2u, akses perbankan dalam talian menjadi lebih mudah dan efisien.

Semoga panduan ini bermanfaat kepada anda semua. Terima kasih kerana sudi membaca. Sila kongsi panduan ini kepada rakan-rakan anda.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Leave a Comment