Cara ‘Renew’ Lesen Memandu Menggunakan Aplikasi MyJPJ

Cara ‘Renew’ Lesen Memandu Menggunakan Aplikasi MyJPJ

Tahukah anda? Bermula 1 Februari 2024, anda sudah boleh memperbaharui lesen memandu dengan menggunakan aplikasi MyJPJ.

Kerajaan juga memberikan rebat RM5 bagi pembaharuan tanpa cetakan fizikal, iaitu dengan mod digital atau e-LMM.

Berikut dikongsikan cara mudah untuk ‘renew’ lesen menggunakan aplikasi MyJPJ.

lesen memandu

Inisiatif Pembaharuan Lesen Memandu Melalui Aplikasi MyJPJ

Untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan e-Lesen Memandu Malaysia (e-LMM), pemberian rebat RM5 diberikan kepada mereka yang memperbaharui lesen dengan memilih e-LMM.

Rebat ini akan dinikmati sepanjang tahun 2024 iaitu bermula 1 Februari 2024 sehingga 31 Disember 2024 dan terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja.

Inisiatif ini hanya terpakai kepada mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan sama ada melalui kaunter JPJ / portal mySIKAP / aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ (Pejabat Pos Malaysia dan MyEG Sevices Berhad).

lesen memandu

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Cara ‘Renew’ Lesen Menggunakan Aplikasi MyJPJ

Terlebih dahulu, pastikan ada memuat turun aplikasi MyJPJ melalui Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery serta telah mendaftar dan log masuk terlebih dahulu.

  • Langkah 1 : Buka aplikasi MyJPJ dan klik ‘Pembaharuan Lesen Memandu’ di bahagian Pelesenan Memandu
  • Langkah 2 : Pilih ‘Jenis Lesen’ serta ‘Tempoh’. Tandakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ untuk pilihan pembaharuan tanpa cetakan fizikal atau sebaliknya
  • Langkah 3 : Pilih cara bayaran ‘Kad Debit/Kad Kredit’ dan klik ‘Bayar’. Tekan ‘Ya’ untuk teruskan pembayaran.
  • Langkah 4 : Kemudian isi maklumat pembayaran seperti nombor kad, nama, tarikh luput kad, kos keselamatan CVV/CVC dan tekan ‘Proceed’
  • Selesai!
Cara 'Renew' Lesen Memandu Menggunakan Aplikasi MyJPJ
Cara 'Renew' Lesen Memandu Menggunakan Aplikasi MyJPJ

IKUTI TELEGRAM RASMI : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.