Google Malaysia Umum Kenaikan Kadar SST 8% Bermula 1 Mac 2024

Google Malaysia Umum Kenaikan Kadar SST 8% Bermula 1 Mac 2024

Google baru-baru ini telah mengeluarkan emel notifikasi kepada pengguna berkenaan kenaikan kadar SST dari 6% ke 8% bermula 1 Mac 2024. Pihak Google juga memaklumkan kenaikan tersebut akan dinyatakan di dalam invois baharu yang akan datang.

Perubahan di dalam bil yang baharu ini kelak dilakukan secara automatik dan pengguna tidak perlu melakukan apa-apa tindakan.

Google Malaysia Umum Kenaikan Kadar SST 8% Bermula 1 Mac

Sumber: Google Malaysia

Kos perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian lain seperti penstriman dan permainan digital juga dijangka meningkat berikutan kenaikan kadar SST tersebut. Penyedia-penyedia utama seperti Netflix, Disney Hotstar, dan lain-lain juga dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi masing-masing tidak lama lagi.

Perkhidmatan penstriman merupakan yang pertama dikenakan dengan SST di Malaysia pada Januari 2020 yang menyaksikan sedikit kenaikan harga langganannya. Hal yang sama juga mungkin akan berlaku selepas peningkatan kadar SST baru ini.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Selain itu, perkhidmatan permainan digital juga tidak terkecuali dengan platform seperti PlayStation Network, EA Play dan PC Game Pass dijangka akan meningkatkan kos langganannya.

Dalam pada masa yang sama, kerajaan memaklumkan beberapa perkhidmatan tidak akan mengalami kenaikan 2% tersebut. Ini termasuk makanan dan minuman (F&B), dan telekomunikasi kerana kedua-dua sektor ini amat penting untuk rakyat. Turut menerima pengecualian kenaikan SST tersebut termasuklah parkir dan perkhidmatan logistik.

Kenaikan kadar SST ini merupakan sebahagian dari rancangan kerajaan untuk meningkatkan negara hasil bagi tujuan penambahbaikan infrastruktur awam di dalam negara.

Ketika sesi pembentangan Belanjawan 2024 yang lalu, pihak kerajaan turut memperkenalkan cukai barangan mewah dan menguatkuasakan cukai keuntungan modal.

SUMBER: Harian Teknologi

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.