TERKINI : Jadual Bayaran SARA 2024 (Sumbangan Asas Rahmah)

TERKINI : Jadual Bayaran SARA 2024 (Sumbangan Asas Rahmah)

Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Program ini menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Bantuan ini akan diberikan secara berfasa dan minimum jumlah bayaran tambahan diterima adalah RM100 sehingga maksimum RM1,200 mengikut kategori kelayakan.

Berikut dikongsikan maklumat penuh mengenai bantuan ini.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Untuk tahun 2024, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk makluman Sumbangan Asas Rahmah adalah bantuan yang diberikan kepada penerima STR yang berkelayakan.

Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah juga telah dinaikkan kepada RM1200 berbanding tahun ini RM600.

Melalui inisiatif Sumbangan Asas Rahmah ini, penerima STR yang layak akan menerima bantuan secara tanpa tunai sebanyak RM100 selama 12 bulan secara automatik dikreditkan ke MyKad masing-masing.

MyKasih : Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah:

  • Warganegara Malaysia
  • Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi kategori isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Tarikh Bayaran & Penebusan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

Bagi mereka yang permohonan STR diluluskan dan menepati syarat-syarat kelayakan Sumbangan Asas Rahmah, mereka akan menerima bantuan ini bermula pada 22 Januari 2024.

Penerima yang layak kemudiannya akan diberikan penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Dikreditkan Bermula 22 Januari 2024

Jadual Bayaran SARA 2024

Berikut adalah jadual pembayaran bagi tahun 2024:

Jadual Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024Jumlah Bayaran
JanuariRM100
FebruariRM100
MacRM100
AprilRM100
MeiRM100
JunRM100
JulaiRM100
OgosRM100
SeptemberRM100
OktoberRM100
NovemberRM100
DisemberRM100
TERKINI : Jadual Bayaran SARA 2024 (Sumbangan Asas Rahmah)

Semakan Status Melalui Portal MyKasih

Semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah boleh disemak di Portal Rasmi STR dan mekanisme pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah boleh dirujuk di portal mykasih di sini https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah?

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima STR yang layak dan tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM

Berapakah Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah?

Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbeza mengikut kategori kelayakan. Minimum RM150 sehingga maksimum RM1,200

Bilakah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Akan Disalurkan?

Bantuan akan disalurkan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.