Piala Malaysia 2023: LIVE Streaming & Jadual Perlawanan

Piala Malaysia 2023: LIVE Streaming & Jadual Perlawanan

Musim 2023 ini, saingan Piala Malaysia menampilkan kelainan serta format baharu.

Buat kali pertama, 2 pasukan terasa Liga M3 bakal menyertai kejohanan ini bersama 14 pasukan Liga Super.

Sebanyak 16 pasukan keseluruhan bakal berentap pada pusingan awal.

Tahukah anda, tiada peringkat kumpulan bagi saingan kali ini dan perlawanan adalah terus ke peringkat kalah mati dan diadakan secara timbal balik (aggregate). Bermula dengan round-of-16, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir (satu perlawanan).

Berikut dikongsikan maklumat lengkap Piala Malaysia 2023.

Siaran Langsung Piala Malaysia 2023

Saingan Piala Malaysia musim ini akan bermula pada Ogos dan perlawanan akhir dijangka berlangsung pada Disember 2023.

Anda boleh menyaksikan siaran langsung di Astro Arena (801), Astro Arena Bola 1 (803), Astro GO dan YouTube Astro Arena.

Piala Malaysia 2023: LIVE Streaming & Jadual Perlawanan

Pasukan manakah menjadi pilihan anda untuk menjulang kejuaraan Piala Malaysia musim ini?

Keputusan Undian & Kelayakan

Berikut adalah keputusan undian Round-Of-16 Piala Malaysia 2023.

Piala Malaysia 2023: LIVE Streaming & Jadual Perlawanan

Format Baharu Piala Malaysia 2023

Berikut merupakan format terbaru Piala Malaysia 2023 yang anda sebagai penyokong perlu tahu:

Bagi saingan kali ini, 14 pasukan dari Liga Super dan 2 pasukan teratas dari Liga M3 akan bersaing.

Undian akan dilakukan bagi pasukan Liga Super berkedudukan 9-14 dan pasukan Liga M3 berkedudukan 1-2.

Bagi pasukan yang tidak dapat meneruskan kemaraan ke suku akhir, secara automatik bakal meneruskan cabaran ke MFL Challenge Cup 2023.

14 pasukan Liga Super serta 2 pasukan teratas Liga M3 akan menghadapi aksi perlawanan yang akan dimainkan secara timbal balik (aggregate) bermula dengan Round-of-16, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir (satu perlawanan).

Jangan lupa saksikan siaran langsung Piala Malaysia 2023 di Astro Arena (801), Astro Arena Bola 1 (803), Astro GO dan YouTube Astro Arena.

Sumber:

Baca Juga: