![JKM: Permohonan Bantuan Anak Pelihara (BAP) Sehingga RM500 Tahukah anda? Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah sebuh bantuan yang diberikan bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim / yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara. Selain itu, bantuan ini juga bertujuan untuk membantu meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjglTwyNj0Wbt7P0yzFgBfekvut8EHyNYhqzm0cZ1ko1e_W1nxGX7C7LAi8Ro1ko2TkGGPqpRhzRsBJMSqC0p-i3VAAQ87TL0DJ0HuOMV3JjH6S_p7MC8w7mXSW7Cq21Ai4qY7iJ72bnsgsFezbcUAOkX69B5MDR5ks8DBu5SbdLf4cbN3JHafb8yKiQA/s16000/BAP%20BR%20(1).png)
Tahukah anda? Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah sebuh bantuan yang diberikan bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim / yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
Selain itu, bantuan ini juga bertujuan untuk membantu meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.
Jumlah Bantuan Am Persekutuan
Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluaraga pelihara melalui:
- Kanak-kanak yang diambil dari ‘Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah mahkamah bagi kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001
Cara Membuat Permohonan
Cara permohonan adalah seperti berikut:
Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.
Borang berkaitan:
- Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
- Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun
Dokumen Sokongan:
- Kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran.