KWSP : Guna Kalkulator Ini Untuk Kira Jumlah Pengeluaran Melalui Akaun 3

KWSP : Guna Kalkulator Ini Untuk Kira Jumlah Pengeluaran Melalui Akaun 3

Berikut adalah penerangan ringkas mengenai jumlah pengeluaran yang boleh dilakukan melalui akaun 3 nanti.

Sekiranya akaun 2 mempunyai baki kurang daripada RM1,000, ahli boleh memindahkan keseluruhan simpanan dalam akaun 2 ke dalam akaun 3.

Jika baki akaun 2 ada RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, maksimum yang boleh dipindahkan ke akaun 3 adalah RM1,000 sahaja.

Manakala ahli yang mempunyai akaun 2 melebihi RM3,000, pembahagian akan dibuat seperti contoh berikut.

Jika baki akaun 2 ada RM9,000, pembahagian jumlah akan dilakukan seperti di bawah:

  • 5 / 30 Dipindahkan ke Akaun 1 : RM1,500
  • 15 / 30 Kekal dalam Akaun 2 : RM4,500
  • 10 /30 Dipindahkan ke Akaun 3 : RM3,000

Ini bermaksud, ahli boleh membuat pengeluaran berjumlah RM3,000 melalui akaun 3.

Anda boleh rujuk gambar berikut:

KWSP : Cara Pengiraan Jumlah Pengeluaran Yang Boleh Dilakukan Melalui Akaun 3

Kalkulator Pengiraan KWSP Akaun 3

Anda boleh gunakan kalkulator yang telah disediakan oleh laman web ini untuk membuat pengiraan jumlah pengeluaran yang boleh dibuat melalui akaun 3

Rujuk DI SINI

Penstrukturan Semula Akaun KWSP

KWSP telah mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP yang bakal berkuat kuasa pada 11 Mei 2024.

Menurut portal KWSP, akaun pencarum dibawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

  • Akaun 1 : Akaun Persaraan
  • Akaun 2 : Akaun Sejahtera
  • Akaun 3 : Akaun Fleksibel

Dalam pada itu, baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel (turut disebut sebagai Akaun 3) akan bermula dengan baki sifar.

Mekanisme Akaun KWSP Fleksibel

Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan diagihkan 75% kepada Akaun Persaraan, 15% kepada Akaun Sejahtera dan 10% kepada Akaun Fleksibel.

Akaun Fleksibel akan bermula dengan caruman baharu yang akan dikreditkan ke dalam akaun pencarum selepas tarikh pelaksanaan.

Manakala simpanan dalam Akaun Fleksibel itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan pencarum.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Pencarum Diberikan Masa Untuk Memindahkan Sebahagian Baki Dari Akaun 2 Ke Akaun 3

Bagaimanapun, bermula 11 Mei hingga 31 Ogos 2024, pencarum diberi peluang SEKALI SAHAJA untuk memindahkan sebahagian daripada baki dalam Akaun Sejahtera (dahulunya Akaun 2) ke Akaun Fleksibel sebagai baki permulaan.

Sekiranya pencarum memilih peluang itu, pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel dan akaun-akaun lain (jika berkenaan) adalah berdasarkan jumlah baki dalam Akaun Sejahtera pada tarikh permohonan pilihan dibuat oleh pencarum.

Namun begitu, sekiranya pencarum memilih untuk tidak berbuat demikian, maka TIADA sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera.

Cara Memindahkan Sebahagian Baki Dari Akaun 2 Ke Akaun 3

Bagi yang memilih untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan Akaun Sejahtera, kaedah pelaksanaan adalah seperti dibawah.

Ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera:

  • Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada simpanan dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel;
  • Lima per tiga puluh (5/30) daripada simpanan dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan; dan
  • Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.
TERKINI : Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 3

Ahli yang mempunyai akaun simpanan kurang daripada RM3,000 dalam akaun sejahtera:

  • Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
  • Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.

TERKINI : Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 3

Pencarum yang ingin memanfaatkan pilihan itu boleh mengemukakan permohonan mereka melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau ‘Self-Service Terminal’ yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara bermula 11 Mei ini.

Sumber : Astro Awani

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Leave a Comment