Cara Mudah Isi & Kemaskini E-Filing LHDN Taksiran 2023

Cara Mudah Isi & Kemaskini E-Filing LHDN Taksiran 2023

Pada 4 Disember yang lepas, kerajaan Malaysia telah melancarkan program e-Madani iaitu sebuah bentuk bantuan RM100 diberikan kepada rakyat Malaysia dalam bentuk e-wallet/e-dompet.

10 Negara Paling Selamat Untuk Wanita Travel

Namun begitu, ramai diantara rakyat Malaysia yang tidak berjaya mendapatkan bantuan e-wallet RM100 ini kerana beberapa faktor. Antara faktor utama tidak layak menerima e-wallet RM100 ini adalah kerana :

  1. Anda tidak mendaftar maklumat berkenaan pendapatan dan percukaian anda di LHDN
  2. Maklumat anda sudah lama tidak dikemaskini E-Filing pada sistem LHDN
Cara Mudah Isi & Kemaskini E-Filing LHDN
Notis Tidak Isi & Kemaskini E-Filing LHDN

Kemaskini E-Filing LHDN Anda Segera!

Untuk bantuan e-wallet Madani RM100, permohonan akan terus dibuka sehingga 4 Februari 2024 dan anda mempunyai waktu yang panjang untuk terus membuat permohonan.

Ianya juga memberi ruang untuk kemaskini E-Filing anda sebelum membuat permohonan e-wallet Madani, atau mendaftar baru bagi yang belum pernah melakukan pengisian maklumat percukaian diri.

Berikut adalah cara untuk mendaftar percukaian dan kemaskini E-Filing LHDN Malaysia

  1. Untuk yang belum pernah mendaftar, sila buat semakan terlebih dahulu di https://mytax.hasil.gov.my dan tekan pada e-daftar untuk mendapatkan nombor percukaian anda.
kemaskini e-filing lhdn

2. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk semak nombor cukai sama ada sudah ada ataupun belum. Sekiranya belum ada nombor cukai, maka anda perlulah mendaftar.

3. Kemudian pergi semula ke laman utama, masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan Hantar.

4. Seterusnya akan keluar makluman seperti dalam gambar dibawah bagi yang belum pernah mengisi sistem MyTax. Terdapat dua kaedah untuk memohon akses iaitu :

  • e-CP55D – Perlukan emel, salinan IC depan belakang berwarna
  • e-KYC – Selfie wajah anda, gambar IC

Maklumat Tambahan :

  • e-CP55D : selepas upload salinan IC berwarna, pihak LHDN akan menghantar sebuah link URL ke emel anda. Link tersebut adalah pengaktifan nombor pin. Tekan link tersebut, kemudian tetapkan password anda.
  • e-KYC : kaedah ini pula anda perlu memakai telefon pintar. Anda perlu memuat turun aplikasi MyTax. Anda akan diminta untuk mengambil selfie wajah, kemudian akan keluar paparan untuk penetapan password.

5. Sesudah selesai penetapan password, barulah anda boleh mendaftar masuk ke dalam sistem MyTax dan mengemaskini E-Filing anda.

6. Untuk membuat akuan cukai, anda akan memerlukan maklumat dan penyata gaji anda. Semua dokumen ini anda perlu dapatkan daripada majikan anda.

Penting : terdapat dua jenis borang untuk penyata gaji iaitu

  • Borang EA – Pekerja Swasta
  • Borang EC – Kakitangan Kerajaan

Dalam borang ini terdapat maklumat penuh tentang gaji anda termasuklah bonus, elaun dan lain-lain. Jadi pastikan minta borang EA/EC daripada majikan anda untuk meneruskan kemaskini E-Filing di MyTax LHDN.

7. Pergi ke bahagian Perkhidmatan ezHasil, dan cari e-Filing. Kemudian tekan e-Borang. Seterusnya tekan e-BE dan pilih tahun taksiran yang anda mahu. Isi maklumat percukaian dengan lengkap dan telus.

kemaskini e-filing lhdn

8. Dalam pengisian borang e-BE itu nanti, akan ada bahagian untuk anda menuntut perlepasan cukai. Dan untuk menuntut perlepasan cukai ini, anda perlu ada resit fizikal pembayaran sebagai bukti.

9. Setelah selesai membuat kemaskini E-Filing pada borang e-BE, pergi ke bahagian Rumusan. Di sana akan dipaparkan berapa jumlah pendapatan yang dikenakan cukai dan tidak dicukai.

10. Untuk proses kemaskini E-Filing tahun hadapan juga sama. Anda cuma perlu ulang langkah-langkah yang sudah diterangkan di atas dengan tertib.

Sila kongsi artikel ini dengan rakan dan keluarga anda untuk mereka kemaskini E-Filing dengan segera.

Mengapa Tuntutan eMadani Tidak Berjaya?

Terdapat beberapa sebab kemungkinan mengapa tuntutan anda tidak berjaya:

  • Terdapat beberapa tuntutan melalui e-dompet yang berbeza dibawah nama/nombor KP anda
  • Format nama dan nombor KP yang diisi adalah salah (cth. nama dengan aksara khas seperti @, &, * tidak dapat diproses)
  • Nama yang diisi di dalam borang tuntutan tidak sama seperti nama yang tertera di MyKad anda
  • Nombor KP anda tidak wujud atau tidak lagi sah di rekod JPN
  • Status kediaman anda tidak tertera sebagai warganegara Malaysia atau anda bukan pemegang MyKad
  • Rekod LHDN anda mungkin belum dikemaskini dengan maklumat pendapatan terkini anda. Sila rujuk kepada saluran rasmi LHDN untuk maklumat lanjut.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Bagaimana Untuk Tahu Jika Anda Layak Atau Tidak Membuat Tuntutan eMadani?

Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan dalam e-dompet tersebut.

Sebab permohonan anda tidak berjaya juga akan diberitahu.

Syarat Kelayakan Bantuan:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas pada tahun 2023
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Mengapa Permohonan eMadani Lambat Diluluskan?

Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kelewatan tersebut. Anda mungkin perlu mengemukakan maklumat tambahan contohnya menghantar salinan kad pengenalan, untuk tujuan verifikasi.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

Syarat Penggunaan Kredit eMadani RM100

Anda boleh menggunakannya untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  • Pemindahan ‘peer-to-peer’;
  • Penebusan tunai;
  • Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
  • Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Akauan Akan Kena Sekat Jika Pindah Kredit eMadani

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Ujar kementerian tersebut, program eMadani diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

“MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” kata kementerian itu pada Isnin.

Menurut kementerian itu, kredit eMadani tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

“Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit dan perniagaan di seluruh negara,” katanya.

Justeru, orang ramai dinasihati untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMadani oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMadani daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit mereka.

“MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada perbuatan tersebut,” katanya.

eMadani iaitu tawaran kredit tunai RM100 secara sekali bayar akan dibuka mulai hari ini hingga 20 Februari depan.

Ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Sumber: SINAR HARIAN

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Apa itu E-Filing?

e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan LHDNM secara elektronik melalui laman web rasmi MyTax

Kemaskini E-Filing wajib?

Adalah digalakkan kepada pembayar cukai menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat

Berapa gaji baru kena cukai?

Pihak LHDN akan kirakan gaji anda dengan pembahagian mengikut kategori :

Bila perlu kemaskini E-Filing 2023?

Kemaskini E-Filing akan dibuka pada bulan Mac sehingga April 2024