Konsert Coldplay Dibatalkan? PM Akan Bincang Dengan Mufti Wilayah

Konsert Coldplay Dibatalkan? PM Anwar Akan Bincang Dengan Mufti Wilayah

Konsert Coldplay Dibatalkan? PM Akan Bincang Dengan Mufti Wilayah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan Mufti Wilayah berhubung penganjuran konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung hari rabu ini, susulan wujud gesaan segelintir pihak agar konsert tersebut dibatalkan.

Menurut Perdana Menteri, band yang berasal dari United Kingdom (UK) itu antara kumpulan yang menyokong P4lest1n.

“Jadi ada masalah sikit, nak beritahu dalam kerajaan yang lalu telah luluskan juga.”

“Saya akan bincang dengan mufti apakah keadaan ini (penganjuran konsert) kerana ada pelobi-pelobi daripada gerakan P4lest1n yang menyokong dan memberikan pandangan kepada Menteri Luar (Datuk Seri Zambry Abdul Kadir) dan juga di pejabat saya, menyatakan mengapa dihalang kumpulan yang menyokong perjuangan P4lest1n daripada meneruskan pertunjukan.

Anda Mungkin Berminat:

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

“Tetapi kalau perkara ini dibangkitkan kerana ada beberapa isu lain yang tidak kita setuju itu, akan saya bincang semula,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Konsert Coldplay Dibatalkan? PM Akan Bincang Dengan Mufti Wilayah
ANWAR Ibrahim pada sesi pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini. -SUMBER GAMBAR JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Beliau menjawab soalan tambahan yang ditanya oleh Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) mengenai pendirian kerajaan berhubung penganjuran konsert Coldplay dan semua persembahan konsert lain.

18 November lalu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Luqman Abdullah telah menggesa penganjur membatalkan konsert Coldplay yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Rabu ini yang disifatkannya melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarat di negara ini.

Katanya, band itu menyokong kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) jelas bertentangan dengan nilai murni serta budaya Malaysia.

Dijangkakan, seramai 85,000 penonton bakal memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil, bagi menyaksikan persembahan band tersohor yang dibarisi Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion.

SUMBER: Awani, Utusan

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.