Makan Kurma Campur Butter, Pemakanan Yang Sihat Atau Sebaliknya? Ini Penjelasannya!

Makan Kurma Dengan Butter, Pemakanan Yang Sihat Atau Sebaliknya? Ini Penjelasannya!

Tular di media sosial pengambilan kurma campur butter dan rata-rata pengguna cuba untuk membuatnya sendiri di rumah,

Ramai yang menyatakan mencampurkan kurma dengan butter menjadikan rasanya lebih sedap dan ramai yang menggemarinya.

Malah yang dulu tidak suka makan kurma kini menjadi suka.

Namun begitu, persoalannya disini, adakah ia satu pemakanan yang sihat atau sebaliknya?

Berikut kami kongsikan beberapa info berkaitan.

Makan Kurma Campur Butter, Pemakanan Yang Sihat Atau Sebaliknya? Ini Penjelasannya!

Makan Kurma Campur Butter Merupakan Sunnah Nabi?

Kurma campur butter adalah makanan sunnah kegemaran Rasulullah dan ia makanan yang mengenyangkan.

Perkongsian dari bekas Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam Maktabah Al-Bakri, menyatakan bahawa tamar (kurma kering) dimakan bersama mentega rupanya adalah makanan kegemaran Rasulullah SAW.

Jelas Dr Zul, diriwayatkan Abu Daud dan Ibn Majah, dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata yang bermaksud:

"Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.

ARTIKEL BERKAITAN:—————————

———————————————————

Makan Kurma Campur Butter Boleh Undang Mudarat Kepada Kesihatan?

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Public Health Malaysia (PHM), campuran kedua-dua bahan itu perlu di kawal agar tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Makan Kurma Campur Butter, Pemakanan Yang Sihat Atau Sebaliknya? Ini Penjelasannya!

kurma mengandungi pelbagai khasiat dan mineral penting serta serat.

Tetapi apabila ia ditambah dengan bahan seperti butter dan diambil dalam kuantiti yang banyak, ia lebih membawa mudarat berbanding kebaikan.

Perlu diingat, butter adalah lemak haiwan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi. Lemak haiwan yang ada dalam mentega mempunyai tahap lemak tepu dan trans yang lebih tinggi.

Sebiji kurma dicampur dengan butter mengandungi kalori yang sama dengan sesenduk nasi.

Jelas PHM, keadaan itu boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung dan meningkat paras kolestrol jahat dalam tubuh malah boleh menyebabkan kegemukan.

Untuk makan tiada masalah, tetapi pengambilan yang kerap dan banyak adalah tidak disarankan.

Sumber: Maktabah al-Bakri & Public Health Malaysia

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.