“Mungkin mereka (PN) takut kes dibuka dan mereka jadi kluster mahkamah” – Isham Jalil

"Mungkin mereka (PN) takut kes dibuka dan mereka jadi kluster mahkamah" - Isham Jalil

SHAH ALAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan kenyataan Pas terutama Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung tawaran untuk parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan sebagai mainan politik.

Ujar beliau, perkara yang sudah berlalu dan telah pun ditolak sendiri oleh Pas tidak perlu dibangkitkan semula.

“Pada pandangan saya kalau diikutkan kenyataan awal (yang melibatkan) Lim Kit Siang itu, saya pasti itu adalah ketika awal penubuhan Kerajaan Perpaduan. Itu adalah nasihat dan titah Yang di-Pertuan Agong, jadi kita minta semua orang untuk bersama-sama, tetapi mereka (Perikatan Nasional) tak nak.

“Jadi benda yang dah berlalu, dan ditolak oleh Pas, buat apa nak dibangkitkan semula? Sekarang ini, hakikat yang Abdul Hadi keluarkan kenyataan seperti itu, apa sebenarnya motif dia?

“Bukan (bertujuan) untuk menyatupadukan, pada pandangan saya,” katanya

Pada Sabtu, Abdul Hadi mendakwa ada pihak dalam Kerajaan Perpaduan menawarkan Pas menyertai kerajaan tersebut kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti berkenaan tidak sebanyak Pas.

Bagaimanapun pada Ahad, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan Abdul Hadi itu.

Kenyataan Ahmad Zahid itu diselar Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khirudin yang mendakwa hakikatnya, bahawa pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang terlebih dahulu menjemput Pas untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

“Mungkin mereka tidak tahan jadi pembangkang dan takut kes-kes mereka dibuka dan mereka jadi kluster mahkamah”

"Mungkin mereka (PN) takut kes dibuka dan mereka jadi kluster mahkamah" - Isham Jalil

Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menyifatkan tindakan Abdul Hadi dipercayai susulan tidak tahan menjadi pembangkang dan takut dengan beberapa kes berkaitan pemimpin-pemimpin PN itu telah dibuka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri turut menafikan dakwaan bahawa ada wakil daripada kerajaan menawarkan Pas untuk bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Ujar Isham, sebelum ini beliau telah mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) bergerak sebagai pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan membiarkan PN membentuk kerajaan bersama PH.

“Ketika itu saya cadang kita Barisan Nasional (BN) jadi pembangkang. Bila mereka PN sombong dan tolak untuk bentuk kerajaan, kita (BN) pula kena bentuk kerajaan dengan PH dan kita akur titah Yang di-Pertuan Agong sebab jika tidak tiada kerajaan dapat dibentuk dan keadaan politik dan ekonomi akan jadi lebih teruk.


“Kini tiba-tiba dia (Abdul Hadi) minat ingin masuk kerajaan pula. Mungkin mereka (PN) tidak tahan jadi pembangkang dan takut kes-kes mereka dibuka dan mereka jadi kluster mahkamah,” ujarnya.


SUMBER: Sinar Harian


Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.