PELUANG KERJAYA: Konstabel Bank Negara Malaysia. Dapatkan borang permohonan disini!

 

Kini, Bank Negara Malaysia membuka peluang untuk mereka yang berminat bagi menyertai jawatan Konstabel Bank Negara. Bagi mereka yang masih mencari pekerjaan dan merupakan graduan yang berkelayakan, anda bolehlah mencuba nasib untuk mengisi kekosongan jawatan ini. Terdapat pelbagai kelebihan dan insentif jika anda terpilih sebagai Konstabel Bank Negara. 

Jadi, tunggu apa lagi? Mari teliti maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan jawatan ini di bawah:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Konstabel Bank Negara Malaysia

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 28 tahun sahaja layak memohon.
  • Sihat tubuh badan, mempunyai deria penglihatan yang baik dan tiada kecacatan fizikal.
  • Tiada apa-apa rekod jenayah.


KELAYAKAN AKADEMIK

Kelayakan minimum bagi jawatan Konstabel (Unit Khas):

  1. Diploma dalam bidang Elektrik / Elektronik / Mekanikal / Sains / Kejuruteraan / Teknologi Maklumat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00; dan
  2. Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Kelayakan minimum bagi jawatan Konstabel:

  1. Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dan lulus Bahasa Inggeris.


UKURAN BADAN & CIRI FIZIKAL

  • Ketinggian Minimum (tidak berkasut): 165 cm (Lelaki) & 163 cm (Wanita).
  • Berat Badan Minimum: 50 kg (Lelaki) & 48 kg (Wanita).
  • Ukuran Dada (Lelaki): Sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas).
  • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index – BMI): Antara 19 hingga 26.
  • Penglihatan: Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna.

MANFAAT & KEMUDAHAN

  • Pakej gaji dan manfaat elaun yang kompetitif.
  • Kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan.
  • Rawatan perubatan.
  • Rawatan pergigian.
  • Perlindungan insurans nyawa dan kemalangan.
  • Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan memajukan kerjaya.
  • Peluang untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang luas dengan Pelan Pusingan Kerja (Job Rotation) di Pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

CARA PERMOHONAN

Bagi mereka yang berminat serta berkelayakan untuk menyertai pasukan Konstabel Bank Negara Malaysia, anda bolehlah mengisi butiran maklumat di bawah:-

BORANG PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL BANK NEGARA MALAYSIA


*Pihak Bank Negara Malaysia berhak untuk membuat sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan tanpa sebarang pemberitahuan.

*Bank Negara Malaysia memproses maklumat peribadi di dalam borang permohonan ini mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Dengan melengkapkan borang permohonan ini, anda dengan ini bersetuju dengan pengumpulan dan pendedahan data peribadi anda untuk digunakan oleh pihak Bank Negara Malaysia untuk tujuan pengambilan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

23 APRIL 2021 (Jumaat)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.


Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak