Bantuan STR Fasa 4 RM900 & RM1,200 Dikreditkan Kepada Kategori Ini. Senarai Penuh Penerima

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup/

Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kan terus di tambah baik.

Anda Mungkin Berminat:

Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 4

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 4

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:

Tiada AnakRM200
1 – 2 AnakRM600
3 – 4 AnakRM900
> 5 AnakRM1200

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

Tiada AnakRM0
1 – 2 AnakRM0
3 – 4 AnakRM300
> 5 AnakRM500
Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas)RM200
Bujang 21 – 59 TahunRM0
Bujang OKU (19 – 59 Tahun)RM0

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4

  • Pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023
  • Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
  • Makala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 RM900 & RM1,200 Dikreditkan Kepada Kategori Ini. Senarai Penuh Penerima

Semakan Status STR Fasa 4

Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Semakan status STR fasa 4 boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Soalan Lazim (FAQ)

Siapakah yang layak menerima STR?

Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah
– Kahwin: atau
– Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
– pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Tiada Pasangan
– Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Bujang
– Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 21 -59 tahun; dan
– pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bagaimanakah kaedah bayaran STR dilaksanakan?

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat

Tunai di Kaunter BSN – pembayaran dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank & status pengkreditan gagal kredit

Siapakah yang layak terima STR Fasa 4?

Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 4 adalah merujuk kepada penerima STR Fasa 3 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan.

Cara membuat semakan status STR fasa 4?

Semakan Status STR fasa 4 boleh dibuat di laman web STR

Bilakah tarikh pembayaran bagi penerima pedalaman Sabah / Sarawak yang tidak mempunyai maklumat akaun bank?

Tarikh pembayaran STR Fasa 4 bagi penerima pedalaman Sabah / Sarawak yang tidak mempunyai maklumat akaun bank akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Bayaran STR sekaligus secara tunai akan dibuat melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak secara bersepadu berdasarkan jadual lokasi dan tarikh pembayaran yang telah ditetapkan. Jadual lokasi dan tarikh pembayaran boleh dirujuk pada Portal Rasmi STR dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut.