Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 3: KWSP Cadang Perkenal Akaun 3 Untuk Membolehkan Pengeluaran KWSP Yang Fleksibel

KWSP BERCADANG UNTUK MEMPERKENALKAN AKAUN 3 YANG MEMBOLEHKAN PENGELUARAN SIMPANAN DIBUAT PADA BILA-BILA MASA

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisam Hussien, berkata Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh membuat pengeluaran KWSP mereka pada bila-bila masa.

Pengeluaran KWSP Melalui Akan 3: KWSP Cadang Perkenal Akaun 3 Untuk Membolehkan Pengeluaran KWSP Yang Fleksibel

Beliau berkata, cadangan memperkenalkan akaun itu juga adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli

Katanya, dengan adanya Akaun 3 itu juga, bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.

Baca Juga:

Pengeluaran KWSP Fleksibel Melalui Akaun 3

“Akaun 3 akan berfungsi seperti akaun simpanan. Ia adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli,” katanya pada taklimat khas KWSP secara maya hari ini.

Mengenai kadar simpanan yang diperuntukkan bagi Akaun 3, Nurhisham berkata, ia mungkin membabitkan antara lima hingga 10 peratus.

Beliau berkata, dengan adanya Akaun 3 yang fleksibel, peratusan caruman bagi Akaun 1 juga akan dinaikkan.

Katanya, ahli juga akan mempunyai opsyen untuk memindahkan dana simpanan daripada Akaun 3 ke Akaun 1 dan Akaun 2.

Nurhisham berkata, dividen bagi Akaun 3 dijangka lebih rendah memandangkan akaun itu berfungsi seperti akaun simpanan.

Struktur skim simpanan KWSP ketika ini bagi ahli berumur bawah 55 tahun terdiri daripada Akaun 1 dan Akaun 2 dengan kadar peratusan 70 peratus dan 30 peratus.

Pengeluaran KWSP Melalui Akan 3: KWSP Cadang Perkenal Akaun 3 Untuk Membolehkan Pengeluaran KWSP Yang Fleksibel

Mulai 1 Januari 2017, ahli yang telah mencapai umur 55 tahun dan masih bekerja akan mempunyai dua akaun iaitu Akaun Emas dan Akaun 55.

Akaun 55 ialah gabungan Akaun 1 dan Akaun 2 apabila mencapai umur 55 tahun dan ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa setelah ahli mencapai umur 55 tahun.

Akaun Emas pula ialah akaun yang diwujudkan setelah ahli berumur 55 tahun dan mana-mana caruman yang diterima selepas ahli mencapai umur itu akan dikreditkan ke akaun berkenaan dan pengeluaran KWSP boleh dilakukan setelah mencapai umur 60 tahun.

Pengeluaran KWSP FSA2

FSA2 adalah bertujuan untuk memboleh ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran KWSP Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Permohonan ini memboleh ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli

Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

Maklumat Lanjut mengenai Pengeluaran KWSP FSA2 – Baca Sini

Pengeluaran KWSP 2023: Kerajaan Setuju Benarkan Pengeluaran Secara Bersyarat

Inisiatif Caruman i-Suri KWSP

Inisiatif caruman isuri KWSP adalah program yang ditawarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membantu wanita yang bekerja atau berusaha sendiri meningkatkan simpanan persaraan mereka. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan perlindungan dan sokongan kewangan kepada wanita semasa bekerja dan pada masa persaraan.

Melalui inisiatif caruman isuri KWSP, wanita pekerja atau usahawan dapat menyumbang kepada KWSP dengan kadar yang sama seperti pekerja lelaki. Ini bermakna mereka dapat menyumbang 11% daripada gaji bulanan mereka ke akaun KWSP mereka, sama seperti pekerja lelaki, yang sebelum ini hanya menyumbang 9%. Dengan ini, wanita memiliki peluang untuk meningkatkan simpanan persaraan mereka dengan jumlah yang lebih tinggi.

Keputusan untuk memperkenalkan inisiatif caruman isuri KWSP ini adalah hasil daripada kesedaran akan kesenjangan persaraan dan keperluan untuk memberikan perlindungan yang sama kepada wanita dalam aspek kewangan semasa persaraan. Dalam banyak kes, wanita menghadapi cabaran unik seperti masa cuti bersalin, keperluan penyeliaan anak, dan penjagaan ibu bapa. Ini mungkin memberi impak kepada kesinambungan kerjaya dan kesempatan untuk menyumbang kepada simpanan persaraan mereka.

Dengan inisiatif ini, wanita dapat mengambil langkah proaktif untuk melindungi masa depan kewangan mereka. Meningkatkan caruman mereka kepada KWSP akan memberi mereka akses kepada lebih banyak keistimewaan seperti faedah insurans, rawatan kesihatan, dan pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh KWSP.

Selain itu, inisiatif caruman isuri KWSP juga bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan persaraan yang selamat dan memberikan pendidikan kewangan kepada wanita. KWSP menyediakan program pendidikan dan maklumat mengenai pengurusan kewangan, perancangan persaraan, dan pelbagai isu yang berkaitan dengan kebajikan kewangan wanita. Dengan pengetahuan yang diberikan, wanita dapat membuat keputusan yang lebih bijak dalam pengurusan kewangan mereka dan merancang persaraan yang lebih baik.

Secara keseluruhan, inisiatif caruman isuri KWSP adalah langkah yang positif untuk memberikan perlindungan dan sokongan kewangan kepada wanita semasa bekerja dan semasa persaraan. Ia bertujuan untuk mengurangkan kesenjangan persaraan  dan memberi kesempatan kepada wanita untuk menyumbang kepada simpanan persaraan mereka dengan kadar yang sama seperti pekerja lelaki. Dengan pendidikan kewangan yang disediakan oleh KWSP, wanita dapat membuat keputusan yang bijak dalam pengurusan kewangan mereka dan memastikan masa depan kewangan yang lebih stabil dan sejahtera.

SUMBER: Berita Harian

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.