Pengeluaran KWSP Untuk Pencarum Umur 40 Tahun Ke Bawah

Pengeluaran KWSP Untuk Pencarum Umur 40 Tahun Ke Bawah

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan kerajaan memperluaskan Program Kemudahan Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pencarum berusia bawah 40 tahun.

Shahidan berkata, inisiatif FSA2 dilihat alternatif segera membantu rakyat yang terkesan dalam menangani isu kos sara hidup dan kenaikan harga barangan pada masa ini.

Pengeluaran KWSP Untuk Pencarum Umur 40 Tahun Ke Bawah
Sumber Foto Bernama (Pengeluaran KWSP Untuk Pencarum Umur 40 Tahun Ke Bawah)

“Berhubung pengurusan strategik badan berkanun EPF (KWSP), saya ingin bertanya kepada YB (Yang Berhormat), inisiatif yang diperkenalkan FSA2, kerajaan telah benarkan mereka berumur 40 tahun ke atas, terima kasih berjaya tetapi apa beza 40 tahun dengan orang umur 39 tahun macam mana?

“Jadi, saya minta ia dipanjangkan kepada 40 tahun ke bawah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anda Mungkin Berminat:

Akaun 3 KWSP Tidak Memberi Kemudahan Pengeluaran

Beliau berkata, Akaun 3 tidak memberi kemudahan pengeluaran lebih kepada pencarum berikutan ia digabungkan dari Akaun 1 dan 2.

“YB akan menjawab kita akan mulakan Akaun 3 tahun depan, saya dengar YB sudah menjawab, tetapi sekarang saya nak jawab balik YB, Akaun 3 itu tak beri duit lebih, ia ambil dari Akaun 1 dan 2 dan beri kepada Akaun 3 sebelum dipermudahkan pengeluarannya.

“Permudahkan (pengeluaran) Akaun 2 sekarang YB orang tengah susah..kalau tak susah tak perlu cakap benda ini dan dia (pencarum) minta duit dia.

“Jadi saya ingat inilah masa terbaik kerajaan benarkan serta merta kerana orang tengah susah betul-betul terutama apabila kerajaan gagalmenangani harga beras yang tak dapat dikawal sehingga hari ini dan barangan makanan lain yang naik mendadak,” katanya.

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Untuk rekod, FSA2 ialah program pinjaman peribadi yang menggunakan Akaun 2 KWSP sebagai cagaran yang dibuka permohonan kepada pencarum sejak 7 April lalu.

Di bawah program itu, pencarum KWSP yang layak berumur 40 tahun dan ke atas boleh memohon antara RM3,000 dan RM50,000 dalam bentuk pinjaman peribadi dengan permohonan dibuat menerusi Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

SUMBER: Harian Metro

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.