Isu MyKid Dimansuhkan: JPN Keluar Kenyataan Menjelaskan Dakwaan Tersebut

Isu MyKid Dimansuhkan: JPN Keluar Kenyataan Menjelaskan Dakwaan Tersebut

Penjelasan Isu Tular MyKid Dimansuhkan

Berikutan tular di laman sesawang berkenaan MyKid Dimansuhkan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan kenyataan bahawa perkata tersebut adalah tidak benar

Ia bukan dimansuhkan tetapi hanya mengalami kelewatan dalam proses pengeluarannya susulan masalah bekalan cip global. JPN sedang sedaya upaya mengatasi masalah ini.

Ibu bapa atau penjaga dinasihatkan untuk menggunakan sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh JPN bagi sebarang urusan. Agensi Kerajaan dan juga swasta diingatkan untuk menerima sijil kelahiran sebagai satu dokumen sah untuk sebarang urusan.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan perkhidmatan JPN, orang ramai boleh merujuk laman web atau media sosial rasmi JPN untuk maklumat sahih dan tepat

Isu MyKid Dimansuhkan: JPN Keluar Kenyataan Menjelaskan Dakwaan Tersebut

Info MyKid JPN Dimansuhkan Adalah Tidak Benar

Info yang diperolehi daripada laman sesawang Facebook, terdapat info yang menyatakan bahawa kad pengenalan kanak-kanak dimansuhkan. Daripada tangkap layar itu juga, ada menyatakan semua urusan akan menggunakan surat beranak.

Namun begitu, JPN mengeluarkan kenyataan bahawa perkara tersebut tidak benar dan hanya mengalami kelewatan disebabkan masalah bekalan cip global

TERKINI: MyKid JPN Dimansuhkan Bermula Tahun 2023

Apa Itu MyKid JPN?

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.

Ciri-cirinya juga adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai fambar dan cap jari.

“My” membawa maksud “Malaysia” manakala “Kid” pula adalah singkatan kepada “Kad Identiti Diri”. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Terdapat 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

Baca Juga:

Kelebihan MyKid JPN

Berikut adalah kelebihannya:

  • Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
  • Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
  • Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
  • Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
  • Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
  • Bentuk cantik dan menarik

Cara Permohonan

Ia boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan:

  • Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
  • Dokumen pengenalan diri pemohon (ibu atau bapa)
    • Salinan IC Bapa
    • Salinan IC Ibu
  • Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendafataran Negara (JPN) di pautan berikut https://www.jpn.gov.my/

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000 Faks: 03-8880 8288
Emel(@jpn.gov.my): pro

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.