Permohonan I-Suri KWSP untuk Suri Rumah kini dibuka. Ini panduan untuk memohon

 


Anda suri rumah? Ini mungkin peluang anda untuk memohon I-Suri KWSP pada tahun 2021. Kalau anda nak tahu lagi, I-Suri KWSP ini membolehkan anda untuk mendapat pelbagai insentif dari segi kewangan sebanyak RM480 setahun. Hah, tunggu apa lagi? Jom baca syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan I-Suri KWSP ini di bawah. 

Baca dengan teliti tau sebelum buat permohonan tu. 

PRA-SYARAT

Insentif Khas Kerajaan untuk Suri Rumah ini hanyalah untuk mereka yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional iaitu (eKasih) – Caruman Sukarela KWSP. 


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bagi mereka yang ingin memohon insentif ini:- 

  1. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) 
  2. KIR Wanita (Balu, bercerai atau bujang)
  3. Bertaraf warganegara Malaysia 
  4. Belum mencapai 60 tahun 
  5. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan sehingga RM60 setahun

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN 

Kepada suri rumah yang berkelayakan untuk membuat permohonan I-Suri Rumah ini anda bolehlah memuat turun borang-borang di bawah dan membawa kad pengenalan (MyKad) di mana-mana kaunter KWSP yang berdekatan:- 

  1.  Borang і-Surі – KWSP 16G (M) (Untuk pendaftaran kali реrtаmа sahaja)
  2.  Bоrаng і-Surі – KWSP 6A (2)    (Untuk pembayaran semasa) 

KELEBIHAN DAN MANFAAT I-SURI KWSP

  1. Dividen tahunan 
  2. Bantuan kurang upaya 
  3. Bantuan kematian 
  4. Pengeluaran simpanan 
  5. Pelepasan cukai 
Bagi mereka yang berdaftar dengan KWSP anda akan menerima dividen tahunan, serta layak untuk bantuan-bantuan seperti kurang upaya dan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (ianya tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan). 

SUMBANGAN KERAJAAN

Sumbangan Kerajaan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan telah diperbanyakkan sehingga RM480 setahun. 

PEMBAYARAN CARUMAN 

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP 
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, BSN, PBB dan RHB)
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik (Maybank Berhad, Public Bank Berhad)

SALURAN PERTANYAAN DAN INFO TAMBAHAN

Caruman Sukarelawan 

Untuk maklumat mengenai caruman sukarelawan, anda bolehlah melayari pautan laman web www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan 03 – 8922 6000. 

Insentif I-Suri

Untuk makluman berkenaan kelayakan insentif sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (03-80008000).

Semoga dengan perkongsian ini, ianya akan mempermudahkan urusan permohonan I-Suri ini. Kami doakan anda terus maju jaya dan dimurahkan rezeki selalu. Sila sebarkan cara-cara permohonan I-Suri KWSP ini kepada sahabat handai dan sanak saudara. 

 Terus maju jaya!

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak