Rumah PPRT 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Rumah PPRT 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

PPRT ataupun Program Perumahan Rakyat Termiskin adalah sebuah program di bawah SPKR yang bertujuan untuk pembasmian kemiskinan luar bandar serta memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai PPRT serta cara untuk membuat permohonan

Program PPRT 2024

Objektif utama PPRT diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023

Skop Bantuan Program Rumah PPRT

Kawasan liputan PPRT adalah di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pohak kerajaan. Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

Bina Baharu

Bantuan untuk pembinaan baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki

Baik pulih

Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut:

  • Penyelenggaraan
  • Penambahbaikan
  • Requisition

Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sebuah rumah

Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu

Kadar Bantuan PPRT 2024

Kadar Bantuan Bagi Skop Bina Baharu:

KAWASANCIRI-CIRIKADAR SILING (RM)
Semenanjung3 Bilik (660 kps)66,000
Sabah / Sarawak / W.P. Labuan3 Bilik (660 kps)79,000

Kadar Bantuan Bagi Skop Baik Pulih:

KAWASANKADAR SILING BANTUAN (RM)
Semenanjung15,000
Sabah / Sarawak / W.P Labuan17,000

Kumpulan Sasar PPRT

Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:

  • Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  • Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  • Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  • Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

Syarat Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT

Bantuan Bina Baharu

Syarat Bantuan Bina Baharu diberikan kepada peserta yang:

  • tidak mempunyai rumah;
  • rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
  • tidak ekonomik untuk dibaiki;
  • memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
  • pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).

Bantuan Baik Pulih

Syarat Bantuan Baik Pulih diberikan kepada peserta yang:

  • Mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.

Muat Turun Borang Kebenaran Menggunakan Tanah

Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:

  • warga emas
  • orang kurang upaya (OKU)
  • ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
  • mangsa bencana yang berskala kecil
  • keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

Cara Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT

Permohonan PPRT secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap.

Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.

Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.

Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2023 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT , anda boleh layari laman web PPRT atau hubungi Pihak Berkaitan di talian 03 8000 8000

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah itu PPRT?

PPRT diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga

Skop bantuan PPRT?

Skop bantuan PPRT terbahagi kepada dua iaitu bina baharu dan baik pulih. Boleh rujuk point di atas untuk maklumat lanjut mengenai skop bantuan PPRT

Keutamaan bantuan PPRT?

Keutamaan bantuan diberikan kepada:
– warga emas
– orang kurang upaya (OKU)
– ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
– mangsa bencana yang berskala kecil
– keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.