Program Rebat Elektrik sehingga RM40.00 sebulan. Semak kelayakan anda di sini

 

Anda tersenarai dan telah berdaftar di bawah program sistem e-Kasih? Ini mungkin peluang untuk rebat bil elektrik sebanyak RM40.00 sebulan. Hahh, banyak tu! Bolehlah anda kurangkan beban kewangan lebih-lebih lagi di waktu pandemik ni. 

Nak tahu cara untuk memohon? Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan cara permohonan di bawah dengan teliti: – 

PENDAHULUAN

Pada 2 Januari 2021, program bantuan rakyat dibawah sistem e-Kasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh kerajaan pada Julai 2020 untuk menentukan status kemiskinan terkini. 

PRA SYARAT WAJIB

Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini hanya tertakluk khas buat Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan bulanan RM1,169 dan ke bawah.

MANFAAT PROGRAM REBAT ELEKTRIK 2021

Program ini akan membolehkan anda untuk mendapatkan:-

  • Bil elektrik percuma sehingga RM40.00 setiap bulan

JANGKA MASA REBAT ELEKTRIK 2021

  •  1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

  • Hanya pengguna-pengguna elektrik KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem e-Kasih sahaja yang layak memohon.
  • Penerima yang layak akan menerima rebat elektrik sebanyak RM40.00 sebulan  sehingga 31 Disember 2021.
  • Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40.00 sebulan sahaja. 
  • Apabila pada bulan tersebut bil elektrik kurang daripada RM40.00, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil elektrik melebihi RM40.00, penerima rebat elektrik ini perlu membayar baki tersebut.
  • Cuma satu akaun bil elektrik sahaja yang layak untuk menerima rebat bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih.
  • Rebat RM40.00 ini hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja.
  • Rebat RM40.00 ini  termasuk semua jenis caj. Keadaan ini termasuklah penalti dan caj lewat bayar. 
  • Rebat RM40.00 ini tidak termasuk tunggakan bil pada tahun 2019.
  • Bagi mereka yang ingin memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa. Anda bolehlah rrujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun.
  • Bil elektrik sehingga RM40.00 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna pada setiap bulan. 

INFO TAMBAHAN

  • Jika anda berkelayakan seperti yang telah tertera di atas, anda boleh membuat semakan kelayakan mengikut portal di bawah. Klik portal di bawah untuk membuat semakan. 


  • Sebarang maklumat mengenai Bantuan Program Rebat Elektrik RM40.00 ini, anda bolehlah terus melayari capaian laman web di bawah :- 
ATAU

          atau segera hubungi nombor di bawah untuk sebarang pertanyaan dan soalan. 

         MyGCC                                          : 03-8000 8000
         Tenaga Nasional Berhad (TNB)  : 1-300-88-5454
         Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) : 088-515000 15454
         Sarawak Energy Berhad (SEB) : 1-300-88-3111


Semoga dengan perkongsian ini, anda dapat memperhalusi lagi cara-cara permohonan untuk Bantuan Program Rebat Elektrik RM40.00 ini. Kami harap semuanya dipermudahkan. 

Sila sebarkan bantuan kerajaan ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda yang memerlukan. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak