Rayuan STR Fasa 4

Baru-baru ini, berita mengenai pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah(STR) Fasa 4 telah pun dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN).

Semua pembayaran STR Fasa 4 akan mula diagihkan bermula pada 7 November 2023 ini bersamaan dengan hari Selasa sehinggalah 9 November 2023 bagi mereka yang mempunyai akaun bank.

Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, duit STR Fasa 4 akan mula diagihkan di Bank BSN bermula 7 November sehingga selesai.

rayuan STR Fasa 4

Anda Mungkin Berminat:

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Rayuan STR Fasa 4

Mengenai rayuan STR Fasa 4 setakat ini belum ada apa-apa makluman lagi daripada pihak LHDN. Dan kemungkinan besar, sebarang rayuan STR Fasa 4 tidak akan dibuka. Ini kerana pihak LHDN akan memfokuskan STR bagi tahun hadapan pula.

Teruskan mengikuti makluman berita terkini di channel telegram kami.

Rayuan STR Fasa 3

Seramai 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023 yang akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Dan pembayaran bagi mereka yang membuat rayuan STR 2023 adalah pada 7 November 2023 pada hari Selasa minggu hadapan.

Boleh buat semakan status STR anda di sini.

rayuan str fasa 4
Rayuan str

Sumbangan Tunai Rahmah(STR) 2024

Pihak LHDN telah pun membuka permohonan baharu bagi STR 2024 bermula dari 1 November baru-baru ini. Pemohon digalakkan untuk membuat permohonan baharu secara dalam talian.

Rakyat Malaysia sebaikya mengemaskini maklumat peribadi di laman web rasmi LHDN agar mengelakkan tercicir dari mendapat bantuan STR pada tahun hadapan.

Langkah ini membolehkan mereka yang layak namun tidak terdapat dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengisi borang permohonan serta membolehkan penerima sedia ada mengemaskini maklumat terkini sekiranya ada perubahan.

Permohonan STR 2024
Permohonan STR 2024

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 4

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:

Tiada AnakRM200
1 – 2 AnakRM600
3 – 4 AnakRM900
> 5 AnakRM1200

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

Tiada AnakRM0
1 – 2 AnakRM0
3 – 4 AnakRM300
> 5 AnakRM500
Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas)RM200
Bujang 21 – 59 TahunRM0
Bujang OKU (19 – 59 Tahun)RM0
STR Fasa 4: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran
STR Fasa 4: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Sementara itu, bagi mereka yang lulus rayuan STR Fasa 3 dan bukan penerima Fasa 1 & 2, bayaran STR Fasa 4 yang akan diterima adalah seperti berikut:

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:

Tiada AnakRM400
1 – 2 AnakRM600
3 – 4 AnakRM900
> 5 AnakRM1,200

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

Tiada AnakRM200
1 – 2 AnakRM300
3 – 4 AnakRM400
> 5 AnakRM500
Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas)RM300
Bujang 21 – 59 TahunRM200
Bujang OKU (19 – 59 Tahun)RM200
STR Fasa 4: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran
STR Fasa 4: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Semakan Status STR Fasa 4

Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Apakah STR Tambahan RM600 Atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini.

Pembayaran sebanyak RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Semakan status STR fasa 4 boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.