Rumah Mesra SMJ : 1,500 Rumah Percuma Sabah

Rumah Mesra SMJ : 1,500 Rumah Percuma Sabah

Kerajaan Sabah telah melancarkan program Rumah Mesra SMJ baru-baru ini pada 28 September sebagai inisiatif mengeluarkan rakyat dari kemiskinan dan menyediakan perumahan mampu milik bagi golongan B40.

Apa itu Rumah Mesra SMJ?

Pemberian rumah secara percuma kepada rakyat dengan rumah yang bernilai RM70,000 seunit. Rumah Mesra SMJ ini mengguna pakai konsep Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi membantu golongan yang berada di bawah garis kemiskinan di Sabah memiliki rumah secara percuma.

Anda Mungkin Berminat:

Berapa Unit Rumah SMJ?

Sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra SMJ bernilai RM70,000 bakal dibina di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantu golongan miskin tegar memiliki rumah.

Menurut Hajiji, rumah itu akan dibina di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menggunakan geran khas Persekutuan RM125.6 juta yang disalurkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar Negeri tahun ini.

Sebanyak 122 unit Rumah Mesra ini telah siap dibina setakat Jun lepas, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim.

Rumah Mesra SMJ

Beliau berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 1,500 unit rumah disasar dibina di seluruh negeri, dengan setiap 73 kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Sabah menerima agihan kira-kira 20 rumah.

Syarat kelayakan

Antara kriteria Rumah Mesra SMJ ialah :

  1. Mereka berada dalam senarai e-kasih, 
  2. Rumah rosak akibat bencana alam 
  3. Atau orang kurang upaya
  4. Mereka yang belum memiliki rumah

Fokus utama bantuan ini adalah individu yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan. 

Cara Memohon Rumah Mesra SMJ

  1. Mendaftar sebagai penerima e-Kasih
  2. Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah

Apa itu e-Kasih?

Sistem eKasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Baca cara mendaftar e-Kasih di sini.