Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2024

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2024

Bercakap tentang individu terkaya adalah sebuah topik yang menarik dan relevan untuk dibincangkan dalam konteks ekonomi dan kekayaan.

Ia seringkali diukur dalam bentuk aset, pelaburan, pemilikan perusahaan, dan nilai bersih kekayaan seseorang.

Berikut dikongsikan 10 individu terkaya di Malaysia tahun 2024.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

10 Individu Terkaya Di Malaysia

10. Chia Song Kun & Keluarga

Chia Song Kun merupakan Pengerusi Eksekutif bagi syarikat QL Resources iaitu syarikat yang memproses dan mengeluarkan makanan berasaskan sumber laut.

Syarikat ini meluaskan perniagaannya dengan mengeluaran makanan lain selain sumber laut, bidang penternakan serta kelapa sawit.

Syarikat ini juga merupakan pengeluar pes ikan terbesar di Asia Tenggara yang digunakan untuk membuat isi ketam tiruan dan produk makanan laut yang lain.

Nilai kekayaan : USS1.8 billion

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2024

9. Tan Yu Yeh, Tan Yu Wei & Keluarga

Tan Yu Yeh, Tan Yu Wei & Keluarga merupakan pemegang saham utama Mr D.I.Y Group iaitu sebuah syarikat berasaskan pengeluaran barangan perkakasan rumah dan lain-lain lagi.

Syarikat ini mempunyai lebih 2,000 kedai di seluruh Asia dan barangan yang dijual adalah seperti kategori barangan elektrik, alat tulis dan mainan,

Nilai kekayaan : USS1.9 billion

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2024

8. Lim Kok Thay

Lim Kok Thay merupakan Pengurusi Genting Group iaitu sebuah syarikat perjudian dan pelancongan.

Aset yang dimiliki Lim Kok Tay termasuklah Empire Resorts.

Nilai kekayaan : USS2.3 billion

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2024

7. Chen Lip Keong

Chen Lip Kong merupakan seorang Doktor yang bertukar profesion kepada ahli perniagaan yang mengasaskan NagaCorp.

NagaCorp adalah sebuah permainan dan perjudian serta salah satu syarikat yang tersenarai dalam bursa saham Hong Kong.

NagaWorld di bawah NagaCorp adalah salah satu kasino yang terbesar di IndoChina dan memegang lesen perjudian di Ibu Kota Cambodia iaitu Phnom Penh sehingga tahun 2065 dengan jaminan monopoli sehingga tahun 2035.

Nilai kekayaan : USS2.8 billion

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2024

6. Lee Yeow Chor & Lee Yeow Seng

Kedua adik-beradik ini mewarisi IOI Corporation daripada mendiang ayah mereka iaitu Lee Shin Cheng.

IOI Corporation sebuah syarikat pengeluaran minyak kelapa sawit dan perniagaan dalam bidang hartanah.

Nilai kekayaan bersama : USS4.6 billion

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2024

5. Ananda Krishnan

Ananda Krishnan mempunyai kepentingan dalam syarikat telekomunikasi Maxis Bhd, Astro Malaysia Holdings Berhad dan Bumi Armada.

Nilai kekayaan : USS4.7 billion

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2024

4. Adik-Beradik Teh

Adik-Beradik Teh adalah waris mendiang Teh Hong Piow iaitu Pengurusi sebuah bank terbesar di Malaysia iaitu Public Bank.

Teh Hong Piow menubuhkan bank tersebut pada tahun 1966. Sehingga kini, Public Bank mempunyai berjuta pelanggan bukan sahaja dari Malaysia malah Cambodia, China, Hong Kong, Sri Lanka dan Vietnam.

Nilai kekayaan bersama : USS5.2 billion

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2024

3. Koon Poh Keong & Adik-Beradik

Koon Poh Keong berserta adik-beradiknya memulakan perniagaan penyemperitan aluminum iaitu Press Metal Aluminium Holdings.

Mereka memulakan perniagaan dengan menyewa sebuah kilang di Puchong, Selangor.

Sehingga kini, Press Metal merupakan pengeluar aluminium terbesar di Asia Tenggara.

Nilai kekayaan bersama : USS5.8 billion

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2024

2. Quek Leng Chan

Quek Leng Chan adalah Pengerusi Eksekutif Hong Leong Co. (Malaysia) iaitu sebuah syarikat dalam sektor kewangan, makanan dan hartanah.

Dia mewarisi separuh kekayaan daripada mendiang ayahnya yang merupakan salah satu daripada tiga orang adik-beradik yang memulakan perniagaan perbankan pada tahun 1920.

Quek Leng Chan di tempat kedua individu terkaya di Malaysia.

Sepupunya, Kwek Leng Beng merupakan seorang jutawan dan ketua Hong Leong Group di Singapura.

Nilai kekayaan : USS9.9 billion

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2024

1. Robert Kuok

Robert Kuok menjalankan pelbagai jenis perniagaan salah satunya dalam proses pembuatan gula. Beliau dikenali sebagai “Sugar King”.

Kuok Group, sebuah syarikatnya menjalankan perniagaan dalam sektor perhotelan, hartanah dan komoditi.

Sehingga kini Robert Kuok di tempat pertama individu terkaya di Malaysia.

Nilai kekayaan : USS10.1 billion

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2024

Sumber : SCMP, Forbes (Individu Terkaya Di Malaysia)

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.