TERKINI : Sumbangan Tunai Rahmah Dan SARA Akan Diteruskan

TERKINI : Sumbangan Tunai Rahmah Dan SARA Akan Diteruskan

Sumbangan Tunai Rahmah Dan SARA Akan Diteruskan

PUTRAJAYA : Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diteruskan dengan peningkatan peruntukan serta jumlah penerima.

TERKINI : Sumbangan Tunai Rahmah Dan SARA Akan Diteruskan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bukti anjakan pengurusan kewangan negara dapat dilihat dengan jelas apabila sebahagian penjimatan dapat digunakan dengan menambah baik bantuan kepada rakyat.

“SARA ditambah baik dengan meningkatkan peruntukan kepada RM700 juta, yakni lebih lima kali ganda ketimbang RM130 juta tahun lalu. Kita juga meluaskan bilangan penerima kepada 700,000 orang dan menambah nilai bantuan kepada RM1,200 ketimbang RM600.

Selain itu, peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kita naikkan sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion (2023) kepada RM10 bilion (2024) yang memanfaatkan sekitar 9 juta penerima bersamaan 60 peratus penduduk dewasa Malaysia,” katanya.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan pada 21 Mei 2024.

Selain itu, bantuan murid sekolah juga telah ditambah baik.

“Bermula 2023, kita memperluas Bantuan Awal Persekolah (BAP) kepada semua murid daripada tahun satu hingga tingkatan lima dengan peruntukan hampir 800 juta,” ujarnya.

SUMBER : UTUSAN

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.