TERKINI : Kadar OPR Dijangka Naik 3.25%

Kadar OPR Dijangka Naik 3.25%

TERKINI : Kadar OPR Dijangka Naik 3.25%

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 mata menjadi 3.25 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Rabu ini, kata pakar ekonomi.

TERKINI : Kadar OPR Dijangka Naik 3.25%
Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains İslam Malaysia (USIM), Dr. Mohd. Faisol Ibrahim

Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains İslam Malaysia (USIM), Dr. Mohd. Faisol Ibrahim berkata peningkatan kadar ini penting bagi melindungi ringgit yang tidak stabil dan lemah.

Katanya, walaupun kadar inflasi di Malaysia telah menurun kepada 1.5 peratus pada Disember 2023, namun kelemahan ringgit berbanding mata wang utama seperti Amerika Syarikat (AS) mungkin menjadi faktor utama BNM terpaksa menaikkan kadar OPR sebagai langkah mengukuhkan ringgit.

“Saya menjangkakan BNM akan menaikkan OPR sebanyak 0.25 peratus menjadi 3.25 peratus.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Kenaikan ini penting kerana bagi melindungi ringgit yang tidak stabil dan lemah.

“Selain itu, trend penurunan nilai dagangan eksport negara juga sedikit sebanyak telah mempengaruhi kejatuhan ringgit. Kenaikan OPR ini diharapkan dapat mengukuhkan ringgit dan mampu meningkatkan kembali nilai eksport negara,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelas Mohd Faisol, risiko kenaikan OPR ini akan memberi kesan yang besar kerana rakyat yang mempunyai pinjaman dan pembiayaan dengan institusi perbankan terpaksa membayar lebih tinggi berikutan kenaikkan kadar faedah.

“Ini akhirnya menyebabkan masyarakat akan mula kehilangan kuasa membeli dan lebihan dana untuk menyimpan atau melabur untuk masa depan mereka,” ujarnya.

Pada 2023, menyaksikan BNM hanya menaikkan kadar OPR sebanyak sekali sahaja iaitu 2.75 peratus kepada 3.0 peratus.

Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid

Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid pula menjangkakan BNM akan mengekalkan kadar 3.0 peratus disebabkan dasar monetari yang sedia ada masih lagi sesuai dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

“OPR dijangka kekal 3.0 peratus,” katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.