Mempunyai bakat dalam bidang grafik dan berumur tidak kurang dari 18 tahun? Ingin menimba pengalaman dalam alam pekerjaan? Ini mungkin peluang anda!
Pusat GENIUS@Pintar Negara dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuka satu jawatan kosong untuk warganegara Malaysia yang berkebolehan dari segi grafik dan sebagainya.
Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan permohonan di bawah sebelum memohon jawatan ini.
JAWATAN
Penolong Pereka Kontrak (B29)
TARAF JAWATAN :
TEMPOH LANTIKAN :
TARIKH IKLAN :
TARIKH TUTUP :
DESKRIPSI TUGASAN:
- Bertanggungjawab membantu Pusat untuk menyediakan pelbagai bahan promosi bercetak (contoh
poster, banner, bunting) - Menyediakan pelbagai bahan promosi digital (pada website dan media sosial
Pusat) - Menyediakan bahan-bahan multimedia (termasuk suntingan grafik, video dan audio) dan hasil
kreatif lain bersesuaian dengan kegunaan Pusat (contoh fotografi, 3D modelling & animasi).
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK DAN GAJI:
A. Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka
dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris dengan baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00)
B. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia / Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Prinsipal dalam subjek Seni Visual pada
peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00)
C. Diploma dalam bidang Seni Kreatif, Seni Bina Dalaman, Seni Lukis atau Seni Reka, animasi,
komunikasi massa, multimedia, grafik komunikasi, fotografi yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78)
KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA CALON BERIKUT:
- Berpengalaman dalam mereka bentuk pelbagai seni kreatif terutama bahan-bahan multimedia,
bahan-bahan grafik, audio, visual dan bahan-bahan bercetak sekurang-kurangnya 2 tahun. - Bersedia menerima arahan kerja lebih masa, menerima tugasan dalam masa yang singkat atau
bila-bila masa sekiranya diperlukan. - Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris.
- Mempunyai kenderaan sendiri dan bersedia untuk bekerja di Bangi atau Seremban.
- Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang
diarahkan oleh ketua dari masa ke semasa.
CARA MEMOHON:
(i) Sila emel RESUME/CV yang lengkap kepada [email protected]
(ii) Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.
NOTA TAMBAHAN :
Jika calon TIDAK
MENERIMA SEBARANG MAKLUMAT SELEPAS 2 MINGGU DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN,
CALON DIANGGAP GAGAL MELEPASI SARINGAN PERTAMA.
Rujukan:
Perjawatan KQ Pusat GENIUS@Pintar NEGARA, UKM
Sila klik di sini untuk paparan iklan dari UKM.
Semoga berjaya, kami di sini mendoakan kejayaan anda agar dapat kerjaya yang anda impikan. Berusahalah dan jangan pernah putus asa. Jangan lupa sebarkan iklan kerjaya ini kepada sanak saudara, rakan taulan anda.
————————————————————————————————————————-
Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak